Latest News

Saturday 6 January 2018

PRU-14: KEMENANGAN PEMBANGKANG ANTARA REALITI DAN FANTASI


1. JANGAN ambil mudah, negara ini adalah negara tanah melayu, tanah air yang mempunyai susun galur melayu, seperti mana tafsiran kepulauan melayu. 


2. Selain itu, agama islam bukan sahaja agama yang dianuti sebahagian besar rakyat, akan tetapi agama rasmi Persekutuan.

3. Parti Pas, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat, apabila menyedari, bahawa keistimewaan melayu/bumiputera serta agama islam terhakis menerusi kesepakatan dengan Dap dan PKR, maka membuat keputusan tidak dapat bekerjasama lagi dengan parti-parti yang mendapat keuntungan politik daripada kerja sama itu.

4. Memang bermula tahun 2008, golongan bukan melayu (bumiputera) begitu gahirah sekali merampas kerajaan yang ditunjangi parti melayu terbesar, Umno. Sehinggakan parti Pas terperangkap, dengan strategi tersembuyi itu.

5. Pada PRU 2008 dan 2013, kerana bantuan Pas, maka pembangkang boleh menang 80 kerusi parlimen di Semenanjung. Bukti itu terlihat, apabila pada PRK Berkembar, Kuala Kangsar dan Sungai Besar, apabila pertembungan antara Bn-PAS-PH, maka membolehkan Bn menang besar.

6. Ketiadaan Pas daripada PH, kegahiran PH menawan Putarajaya, jauh daripada realiti, sebaliknya hanya satu fantasi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook