Latest News

Wednesday 17 January 2018

PRU-14: PILIH PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT BUKAN YANG BERHORMAT



1. PENCAPAIAN seseorang, diukur berasaskan pencapaian seseorang itu, bukannya pencapaian orang lain, kemudiannya diakui sebagai pencapaian peribadi.

2. Pencapaian pemimpin yang lalu, adalah penanda aras seseorang pemimpin. Pencapaian di lihat daripada segi kemajuan fizikal, kemajuan spiritual dan kemajuan daripada alam Pendidikan.

3. Jika semasa pemimpin itu diberi peluang, namun, pencapaiannya, tiada lonjakan pada kawasan yang diwakili, bermakna, pencapaian ipemimpin itu, tidak dapat dikategorikan sebagai pemimpin Yang Berkhidmat akan tetapi hanya sebagai Yang Berhormat.

4. Contoh mudah, Datuk Shafie Apdal telah mewakili Semporna selama 22 tahun. Penduduk Semporna, akan menilai sendiri, apa yang telah dilaksanakan di kawasan itu selama 22 tahun.

5. Lihat Pekan Semporna, apa yang ada di pekan itu? Memang ada penambahan daripada segi bagunan kedai-kedai, namun penambahan bangunan-bangunan kedai-kedai, sama dengan penyambungan rumah-rumah setinggan, tidak teratur, selain menjolok mata.

6. Semporna, satu-satunya daerah majoriti orang islam, tiada Masjid Pekan yang boleh menampung lebih 1000 jemaah dalam satu-satu masa. Pekan itu juga, tidak mempunyai pasar yang sempurna, kerana pasar lama yang using masih digunapakai. Setidak-tidaknya itulah peninggalan Shafie sebagai pemimpin Umno selama 22 tahun.

7. Melihat kepada keadaan itu, seolah-olah pemimpin Umno tidak membela rakyat, sebab itu beliau menubuhkan parti sendiri, kononnya menerusi parti beliau itu, jika dapat menubuhkan kerajaan, maka barulah, rakyat Semporna terbela.

8. Boleh percaya kah? Sedangkan sesebuah pembangunan dan kemajuan itu memerlukan dana yang besar. Cuba bayangkan, kerajaan Bn yang mempunyai dana yang cukup, malah MP Semporna itu pernah menjadi Menteri KKLW yang mempunyai peruntukan untuk memajukan luar bandar, termasuk Semporna, namun, tidak juga dapat melaksanakan. Bagai mana pula parti Warisan boleh melaksanakan?

9. Jika argumentasi, bahawa dana daripada Persekutuan, apa bezanya, pada masa beliau Menteri Persekutuan, tidak juga dapat memajukan kawasan yang diwakili. Oleh kerana sifat beliau, hanya Yang Berhormat bukannya Yang Berkhidmat, maka sebab itulah, kawasan yang beliau wakili tidak dimajukan.

10. Pemimpin yang hanya mahu dikenali sebagai Yang Berhormat, memang tidak mempunyai nawitu untuk memajukan kawasan yang diwakili, meskipun diberi apapun jawatan. Sebab itu, pemimpin yang berjawatan bertaraf menteripun, walaupun berpenggal-penggal diberi jawatan kerajaan, tidak juga dapat memajukan kawasan yang diwakili, sebabnya, pemimpin itu hanya mahu menjadi Yang Berhormat bukannya Yang Berkhidmat.

11. Lihat para wakil rakyat yang bertindak sebagai Yang Berkhidmat, maka dapat merealisasikan pembangunan fizikal, seperti Pasar Sejahtera, bakal merealisasikan pembangunan Majid Daerah, bakal merealisasikan kompleks sukan, bakal merealisasikan Hotel bertaraf lima bintang, dan pembangunan-pembangunan lain yang boleh menjana perekonomian.

12. Bagi pemimpin yang bersifat Yang Berhormat, tidak akan terfikir memberi geran komunal kepada rakyat, melainkan bagai mana mendapatkan tanah untuk diri sendiri atau sanak saudara. Berbeza dengan pemimpin yang bersifat Yang Berkhidmat, akan sentiasa memikirkan kemajuan kawasannya dan rakyatnya. 

13. Bagi pemimpin yang bersifat Yang Berkhidmat, adalah satu kepuasan, jika kawasan yang diwakili maju, rakyatnya maju. Namun bagi pemimpin yang bersifat Yang Berhormat, tidak akan memajukan kawasan dan rakyatnya, kerana, keadaan terbelakang itu, digunakan sebagai “bargaining power” untuk mendapatkan projek, kononnya, untuk memajukan kawasan atau sebagi menampung kos mengurus parti dan penyokong. Demikianlah seterusnya, berpenggal-penggal, tetapi ironinya, apa yang dilaksanakan itu tiada mercu

tanda.,


14. Kepada pengundi Sabah, PRU-14 semakin hampir, laksanakan tanggungjawab anda, dan pastikan calon yang mempunyai rekod sebagai pemimpin Yang Berkhidmat bukan sahaja perlu disokong akan tetapi pastikan kemenangannya. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook