Latest News

Thursday 11 January 2018

PRU-14 Sabah: Apa Yang Dimahukan Rakyat?


1. Pertama: parti yang mempunyai rekod memajukan negeri dan rakyat;


2. Kedua: pemimpin yang dedikasi, berpandangan jauh; 

3. ketiga: Pemimpin yang mempunyai ketokohan, tidak terbergantung kepada nostalgia;

4. Keempat: pemimpin yang mempunyai semangat wajah, punya pengalaman, punya latar belakang yang berjaya bukan kerana menumpang daripada titik peluh orang lain.

5. Keempat-empat ciri itu, adalah pemimpin yang diperlukan dalam dunia digital dan revolusi industri 4.0.

6. Rakyat bukan tidak mengenang jasa pemimpin terdahulu, akan tetapi, ianya sudah menjadi sejarah dan hanya sebagai sempadan, untuk mengorak langkah ke depan.

7. Apa yang dikukur terhadap pemimpin yang pernah diberi peluang? Faktor yang diukur adalah pencapaian dan kemajuan yang di bawa di kawasan yang beliau wakili. Kemajuan yang dapat dilihat dengan mata, kemajuan yang dapat dinikmati setiap rakyat.

8. Di zaman dahulu, seseorang boleh sahaja menjadi wakil rakyat, boleh jadi pemimpin, meskipun tidak dilengkapi dengan visi, ilmu, kerana masa itu, yang dilihat, hanya faktor, baik dan buruknya tingkah laku seseorang. Masa itu, hubungan antara pemimpin dan yang dipimpin, berasaskan kepada bersemuka, bersentuhan, bukan berasaskan kepada faktor lain. Kini, sebagai impak kemajuan, pemimpin diukur bagaimana seseorang itu menyelasaikan masalah, bagaimana responsifnya seseorang pemimpin terhadap keperluan rakyat.

9. Oleh kerana era ini, adalah era komunikasi, maka pemimpin yang dapat mennambat hari rakyat, adalah pemimpin yang peka terhadap isu-isu rakyat, pemimpin yang boleh melegakan hati rakyat, menerusi respon segera. Sebagai misalan, jika seseorang itu lapar, tidak semestinya, makanan terhidang dengan segera, akan tetapi tindakan responsif, seperti “sabar-sabar, nasi sedang di masak” respon seumpama itu, seseorang yang lapar, akan terlupakan perut yang berkeroncong, kerana minda sudah terfokus kepada “nasi sedang dimasak”.

10. Melihat kepada senario politik masa kini, fokus rakyat adalah ke arah itu, bukannya terarah kepada kisah lalu, cerita nostalgia. Sebab itu para pemimpin negara, khususnya Perdana Menteri, kerap menyatakan, bahawa setiap pemimpin perlu pro-aktif, perlu keluar daripada zon-selesa, perlu menjadikan kenangan lama/nostalgia sebagai limit untuk bergerak ke depan.

11. Mengenang kisah lama, untuk di bawah ke depan, bukannya tindakan ke depan akan tetapi ke belakang.

12. Sebab itu, jika ada orang bercerita berkaitan majoriti seseorang calon 5 tahun lalu, sebagai pengukur ketokohan seseorang pemimpin itu, sebenarnya tidak tepat, kerana DS Najib Razak sendiri, pernah mengalaminya pada PRU 1999, di mana beliau hanya menang dengan majoriti 259. Apa kah majoriti yang begitu tipis, merupakan indikator kepada ketokohan beliau? jawapannya tidak sama sekali!!!, kerana setiap PRU mempunyai isu tersendiri. Memang keputusan lalu-lalu boleh dijadikan sebagai penanda aras, namun, senario politik yang sentiasa berubah, maka pendekatan juga perlu berubah.

13. Di Sabah, dengan ditubuhkannya parti Warisan Sabah oleh mantan Naib Presiden Umno, maka senario politik semasa sudah berubah. Pada PRU-13, Tun Dr Mahathir, TS Muhiyiddin masih bersama Umno/Bn, kini tidak lagi, malah menjadi dalang untuk menewaskan Umno/Bn melalui Pakatan Harapan (PH).

14. Ibarat dalam pasukan sepak bola, setiap pengurus mempunyai startegi setiap perlawanan melawan lawan yang berbeza, demikian juga dalam dunia politik, pemimpin yang boleh menjadi sebahagian daripada kemenangan perlu ditengahkan, meskipun, berlawanan dengan anggapan mereka yang masih berpegang pada faktor nostalgia dan kejayaan masa lalu.

15. Mereka yang asyik mengenang masa lalu, sebenarnya adalah mereka yang syiok sendiri, sebab itu, dalam fikiran mereka, tiada orang lain yang boleh melakukan lebih baik daripada mereka. Inilah yang dinamakan “sindrom mabuk kuasa” seperti mana berla

ku pada mantan PM-4 Tun Dr Mahathir.


16. Mereka ini, kerap menganggap kemahuan majoriti, adalah auta, melainkan, hanya kemauan di kalangan mereka sahaja yang terpakai. Sebab itu, jika ada pemimpin atau tokoh lain yang dilihat jauh lebih baik, mereka tidak terima, malah membangkitkan kenangan-kenangan lalu.

17. AFS tidak pernah memperlekehkan pemimpin Bn khususnya di kawasan-kawasan yang dianggap panas, akan tetapi AFS melakukan analisa, sesuai dengan pendapat dan temuan di lapangan secara rambang.

18. Seharusnya, telaan AFS yang tidak memperlekehkan sesiapa, namun hanya menyebut, pemimpin yang mempunyai determinasi dan ketokohan, perlu dilihat secara postif oleh pihak-pihak tertentu, sebagai pembuka mata dalam proses penilaian.

19. Ternampak sangat, komen akaun palsu pada artikel AFS yang bertajuk PRU-14 SABAH: SIAPA LAWAN SHAFIE DI PARLIMEN SEMPORNA? tersangat emosi, sehinggakan lupa memberi argumentasi ke arah positif, melainkan, mengeruhkan keadaan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook