1. KALAU dilihat cakap-cakap orang, termasuklah ahli politik dan
penganalisa politik, bukan sahaja Semporna merupakan kawasan panas, akan
tetapi lebih luas daripada itu, iaitu Pantai Timur.
2. Pantai Timur meliputi Kudat, Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Silam, Semporna dan Tawau.
3.
Dalam 7 kawasan parlimen itu terdapat nya DUN-DUN Kudat (3), Libaran
(2), Sandakan (2), Batu Sapi (2), Silam (3), Semporna (3), Tawau (3).
4. Daripada semua kawasan itu, pada PRU-13, hanya Parlimen Sandakan dan DUN Sri Tanjong dimenangi pembangkang.
5. Jumlah keseluruhan DUN di Pantai Timur adalah 18, daripada 60.
6.
Ramai yang mengandaikan, kerana Presiden parti Warisan Sabah berasal
daripada Pantai Timur, maka dengan sendirinya membawa maksud, mempunyai
penyokong kuat di kawasan itu.
7. Mereka itu, tidak melihat
bahawa, selain Shafie, ramai juga pemimpin di kawasan itu, Kudat
misalnya, ada Datuk Bolkiah ismail dan Datuk Rahim Bakri, Libaran ada
Tan Sri Musa Aman dan Datuk Juslie Ajirol, Sandakan ada Tan Sri Ampong
Puyun, Batu Sapi ada Datuk shamsuddin Yahya, Silam ada Datuk Nasrun
Mansor, ada Datuk Nilwan Kabang, Semporna ada Datuk Nasir Sakaran, Datuk
Ramlee Marhaban, Tawau ada Datuk Tawiq Abu Bakar dan adik beliau Datuk
Nizam.
8. Ibarat dalam permainan sepak bola, atau sebarang permaian berpasukan, bagai mana seorang boleh melawan satu pasukan?
9.
Cakap-cakap orang, dengan keluarnya Shafie daripada Umno dan kini
mengetuai satu parti baru melawan parti Barisan Nasional, kononnya akan
menguasai Pantai Timur. Anggapan itu, seolah-olah, para pemimpin lain di
kawasan itu, langsung tiada penyokong.
10. Memang dalam poltik,
serba serbi berkemungkinan, namun, melihat andaian itu, tiada
kelojikan. Adalah kurang munasabah, peranan pemimpin Pantai Timur
daripada Kudat hinggalah ke Tawau, langsung tidak diberi merit oleh
rakyat/pengundi di kawasan itu, sebaliknya menyokong melulu Datuk Shafie
Apdal.
11. Apa yang penulis nampak, keupayaan Shafie hampir
sama dengan tindakan mendiang Datuk Mark Koding semasa keluar daripada
PBS menubuhkan AKAR. Penubuhan parti itu, bertujuan untuk menarik
sokongan KDM daripada PBS yang diterajui Datuk Pairin (kini Tan
Sri),namun, seperti tercactit dalam rekod, parti AKAR gagal menarik
sokongan kaum KDM. Demikian juga perhalnya parti Shafie, parti Warisan
Sabah, yang bermatlamat menarik sokongan kaum yang menyokong Umno. Para
ahli dan penyokong Umno, mempunyai banyak pilihan, kerana dipimpin oleh
ramai pemimpin. Bagai mana kah mereka terpengaruh dengan seorang
pemimpin??.
12. Ahli dan penyokong Umno memang sudah diterbiah,
pemimpin hilang berganti, namun perjuangan parti perlu diteruskan. Ahli
Umno tidak memandang perkara-perkara nostalgia, sebaliknya sentiasa ke
depan, demikian juga di semporna, ahli dan penyokong Umno akan menyokong
calon yang berfikiran ke depan, ingin membawa Sempoarna ke tahap yang
lebih tinggi.
13. Melihat kepada senario itu, penulis tiada
keyakinan, bahawa kawasan Pantai Timur, khususnya Semporna, adalah
kawasan panas bagi Bn, kerana Umno di kawasan itu tidak ketandusan
pemimpin. Selain itu, kawasan itu, kini sudah menjadi perhatian
Pengerusi Perhubungan Umno negeri dan Presiden parti, dan memastikan
kawasan itu tetap berada dalam genggaman Umno/Bn.
14. Memang
diakui, akan berlaku persaingan sengit di kawasan itu pada PRU-14.
Memang adat pesta demokrasi, setiap yang baru berusaha melawan, namun
tiada kepastian berkaitan kekuatan, kerana belum teruji.
15.
Namun, jika sekiranya Bn dapat meletakkan pemimpin yang berjiwa melawan
kepimpinan Shafie, seperti mana ditunjukan Datuk Ramlee Marhaban, maka
sebelum terbitnya fajar selepas pembungan undi, Parlimen Semporna
bersama 3 DUN di dalamnya adalah milik Umno/Bn.
0 comments:
Post a Comment