Latest News

Tuesday 2 January 2018

PRU-14 SABAH: BN AKAN KEMUKA RAMAI CALON BARU


1. JANGAN salah anggap, bahawa CALON BARU itu bermakna muda usia, kerana pertimbangan pucuk pimpinan Bn, bahawa calon baru adalah pemimpin yang dapat diterima ramai dan sudah tentunya bersifat calon boleh menang.


2. Bn akan mengemukakan calon-calon baru, walaupun mungkin agak berumur akan tetapi masih sihat dan diyakini dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

3. Parti Umno sudah tentu akan mempunyai calon-calon baru, bagi Dun Tungku, Dun Sulabayan dan besar kemungkinan Dun Klias. Di Peringkat Parlimen pula, Semporna dan Sepanggar akan mempunyai calon-calon baru.

4. PBS sudah mengumumkan, bahawa 6 kawasan DUN yang ditawan pembangkang pada PRU-13, parti itu akan mengemukakan calon-calon baru. Kawasan-kawasan itu adalah Matunggong, Kedamaian, Tamparuli, Inanam, Api-Api dan Sri Tanjong. 

5. Bagi parti Gerakan pula, akan mempuyai calon baru bagi Dun Elopura. Sementara MCA, bagi Kapayan dan Luyang, tidak pasti, apa kah akan mencalonkan muka-muka baru.

6. Melihat kepada wakil-wakil rakyat Bn yang sedia ada, nampaknya ada yang sudah ujur, dan perlu diganti, agar wakil-wakil rakyat yang dipilih itu dapat berkhidmat dengan kawasannya secara maksima dan optima. Namun, jika pemimpin itu, masih merupakan tarikan kepada pengundi untuk memastikan kawasan itu tetap dimenangi Bn dan juga impak kepada kawasan-kawasan lain, maka akan diyakni calon-calon “incubment” itu masih dipertahankan.

7. PRU-14, adalah pilihan raya yang melihat barisan pemimpin/calon dan ditambah dengan pengaruh parti. Atas sebab itu, jika berlaku pergantian calon-calon, kena berhati-hati, takut-takut yang diganti itu adalah calon yang mempunyai pengaruh dan berimpak kepada kawasan-kawasan tertentu. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook