Latest News

Wednesday 3 January 2018

PRU-14 SABAH: BN SUDAH SIAP SEDIA-MUSA


1. Ketua Menteri merangkap Pengerusi Bn Sabah- Tan Sri Musa Aman menyatakan bahawa Bn Sabah sudah siap sedia berhadapan dengan PRU-14.


2. PRU-14 akan diadakan bila-bila masa sebelum Jun 2018.

3. Pada PRU-13 lalu, Bn Sabah menang 48 kerusi DUN daripada 60 kawasan yang dipertandingkan, manakala di peringkat parlimen, memang 22 daripada 25.

4. Kelemahan Bn di 12 kawasan Dun yang ditawan pembangkang pada PRU-13 lalu sudahpun diatasi, dan diharapkan menerusi kekuatan jentera Bn di masing-masing kawasan itu khususnya di peringkat PDM akan memastikan kawasan-kawasan itu bakal dirampas.

5. Berasaskan senario politik semasa, meskipun terdapatnya parti-parti tempatan yang mencuba nasib pada PRU-14 itu, nampak gayanya, parti Bn Sabah tiada masalah mempertahankan Sabah sebagai simpanan tetap Bn.

6. Para pemimpin Bn telah bekerja beterusan sepanjang 5 tahun lalu, janji-janji telah ditunaikan, dan sudah tiba masanya, para pengadil, iaitu pengundi untuk memberi markah kepada hasil kerja dan janji-janji yang telah dilaksanakan.

7. Kerajaan Sabah yang dipimpin Musa, sudah bertekad akan memajukan Sabah dan pada tahun 2025, Sabah akan lepas landas (take off) sebagai negeri maju. Oleh kerana itu, pada tahun ini dan seterusnya, kerajaan akan melaksanakan projek-projek utama, bukan sahaja untuk keselesaan rakyat akan tetapi untuk memacu perekonomian negeri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook