1. ASAS rakyat memilih sesebuah parti, apabila parti itu selain
mempunyai perjuangan yang jelas dan pasti, akan tetapi juga dipimpin
oleh pemimpin yang bebas sebarang isu dan skandal.
2. Parti
Warisan Sabah yang bernafsu sangat menumbangkan parti Bn Sabah, adalah
parti yang tidak jelas hala tujunya malah dipimpin oleh pemimpin yang
terpalit banyak isu dan skandal, selain isu melanggar undang-undang juga
masalah peribadi.
3. Rakyat yang masih rasional, jangan
sesekali terjebak dengan dakyah parti itu, kerana jika anda terjebak,
seolah-olah anda bersengkokol dan bersetuju dengan tindakan para
pemimpinya.
4. Presiden dan salah seorang Naib Presiden itu,
sedang disiasat oleh SPRM berkaitan penyelewengan dana RM1.5bilion
daripada dana KKLW berjumlah RM7.5bilion untuk pembangunan luar bandar
Sabah semasa kementerian itu diterajui Datuk Shafie Apdal.
5.
Selain itu, Datuk Peter Anthony selain disiasat berkaitan penyelewengan
dana KKLW, juga sedang disiasat berkaitan pengelapan wang RISDA
(syarikat di bawah KKLW) sebanyak RM15.5juta.
6. Seorang lagi
Naib Presiden parti itu, sedang berhadapan saman RM100juta daripada
Datuk Ramlee Marhaban, kerana memfitnah. Junz Wong juga pernah digantung
sebagai ADUN selama 6 bulan, kerana membuat dakwaan palsu berkaitan
seorang wanita di Suria Sabah.
7. Datuk Shafie Apdal juga
mempunyai rekod lampau berkaitan cubaan menjual Yayasan Sabah pada tahun
1994. Cubaan itu, mahu menafikan hak rakyat terhadap yayasan yang
ditubuhkan oleh Allahyaram Tun Mustapha pada tahun 1967.
8.
Rakyat Sabah, kena membuka mata, selama 22 tahun, kawasan yang diwakili
Presiden parti Warisan Sabah, Semporna, bagaikan “ghost town’, malah
pasar ikanpun tidak dapat dibina, apatah lagi kemudahan lain seperti
stadium sukan.
9. Untuk pengetahuan umum, pasar ikan yang
integreted hanya dibina pada awal tahun 2017, apabila kerjaan negeri
mendapat tahu bahawa Pekan Semporna, tidak mempunyai kemudahan seumpama
itu.
10. Pekan Semporna juga akan mula bangun, apabila
pembangunan hotel bertaraf lima bintang, akan dibina dalam masa
terdekat, sebagai kemudahan pelancong, selain bertujuan mengerakan
perekonomian kawasan itu.
11. Bayangkan, kawasan itu di mana
terletaknya Pulau Sipadan yang terkenal di dunia, belum terdapatnya
hotel bertaraf lima bintang.
12. Rakyat Sabah secara umum, perlu
bertanya pada diri masing-masing, selama 22 tahun, kawasan yang
diwakili, kawasan di mana Presiden parti Warisan Sabah mendapat berbagai
kedudukan, termasuk 11 tahun sebagai menteri penuh, pun demikian, gagal
membangun kawasannya sendiri. Rakyat sudah tentu akan tertanya-tanya,
bagai mana kah beliau boleh memajukan Sabah yang mempunyai keluasan 2/3
daripada Semenanjung? malah Parlimen Kinabatanganpun seluas Negeri
Pahang, Parlimen Kota Belud sama luas dengan negeri Perlis.
13.
Rakyat kena sedar, Shafie tiada pengalaman mencari kewangan sendiri,
pengalaman beliau hanya membelanjakan wang yang telah disediakan, pun
demikian, tidak mampu diurus, malah kini menjadi skandal terbesar dalam
negara, sebabnya rampasan wang oleh SPRM daripada para individu yang
terlibat dengan projek-projek KKLW merupakan rekod terbesar yang pernah
dirampas oleh agensi itu dalam negera ini.
14. Pada PRU-14,
rakyat yang cintakan negeri ini, demi generasi akan datang, jangan
sesekali terjebak dengan parti yang dipimpin oleh pemimpin yang terpalit
dengan skandal.
0 comments:
Post a Comment