Latest News

Saturday 27 January 2018

PRU-14 SABAH: KERUSI-KERUSI PANAS YANG DIRAMALKAN AKAN SENGIT


TULISAN kali ini, cuba mengulas berkaitan kategori kerusi yang dikatakan panas. Penulis akan mengkategorikan kerusi panas itu dilihat pada majoriti kemangan pada PRU-13 lalu, selain didasarkan pada perkembangan politik semasa.


Kerusi-kerusi DUN yang dianggap panas adalah, Dun Tanjong Kapor, Matunggong, Kedamaian, Tamparuli, Kiulu, Api-Api, Klias, Paginatan, Bingkor, Nabawan, Karamunting, Elopura, manakala Parlimen adalah Kota Marudu, Beaufort, Pensiangan dan Sandakan. Kerusi yang menjadi kerusi panas kerana perkembangan politik, peringkat Dun, adalah Senalllang, Sulabayan, Bugaya serta Parlimen Semporna.

Oleh kerana kedudukan kerusi-kerusi itu terkategori panas, maka ianya boleh dimenangi oleh mana-mana parti, baik parti Bn mahupun parti lawan Bn.

Bagi peringkat Dun, berasaskan keputusan PRU-13, daripada 12 kerusi panas itu, 8 dimenangi Bn, manakala 4 oleh parti lawan. Manakala di peringkat parlimen daripada 4 kerusi tergolong panas, 3 dimenangi Bn, manakala satu oleh parti lawan.

Bagi kerusi yang tercipta masuk dalam kategori kerusi panas kerana senario politik, iaitu Parlimen Semporna, Dun Senallang, Sulabayan dan Bugaya semuanya dimenangi Umno pada PRU-13.

Parti-parti yang bertanding pada PRU-14, sudah tentu memberi tumpuan pada kerusi-kerusi panas, kerana menerusi kerusi-kerusi sedemikian akan terlahirnya kemenangan. Bagi parti yang mempertahankan kerusi itu, sudah tentu melipatkan gandakan usaha, demikian juga parti yang mahu menawannya.

Bagi kerusi yang tercipta panas kerana senario politik seperti Parlimen Semporna dan tiga Dun didalamnya, akan berlaku tindakan sailang bagi kedua belah pihak, samada daripada Bn mahupun parti yang mahu merampasnya.

Nampak gayanya pada PRU-14, akan ada 15 Dun dalam kategori panas, manakala parlimen selain 5 di atas, juga ditambah dengan Parlimen Keningau.

Bagi kerusi DUN, parti yang akan menang 31 kerusi (jika masih menggunapakai 60), maka akan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Bagi Bn, jika dilihat keputusan PRU-13, kerusi-kerusi Dun yang selamat adalah Tanjong Aru(1), Petagas (2), Kawang (3), Pantai Manis (4), Bongawan (5), Membakut (6), Kuala Penyu (7), Lumadan (8), Sindumin (9), Kundasang (10), Karanaan (11), Tambunan (12), Liawan (13), Melalap (14), Kemabong (15), Sook (16), Sugut (17), Labuk (18), Gum-Gum (19), Sungai Sibuga (20), Sekong (21), Tanjong Papat (22), Kuamut (23), Sukau (24), Tungku (25), Lahad Datu (26), Kunak (27), Balung (28), Apas (29), Merotai (30), Tanjong Batu (31), Sebatik (32), Banggi (33), Pitas (34), Tandek (35), Tempasuk (36), Usukan (37), Sulaman (38), Karambunai (39), Senallang* (40), Sulabayan* (41) dan Bugaya* (42).

Bagi kedudukan kuasa 2/3 di DUN, hanya diperlukan 40 kerusi Dun daripada 60.

Pada PRU-13, Bn memang 48 berbanding parti lawan 12.

Melihat senarai kerusi-kerusi selamat bagi bn, tidak kurang daripada 37, maka membawa pengertian, usaha parti-parti lawan merampas kerajaan negeri, bukan perkara yang mudah.

Menerusi kedudukan kerusi-kerusi selamat bagi Bn, maka parti-parti lawan mencatur berbagai startegi, termasuk memberikan 60% kerusi kepada parti Warisan Sabah dalam kolaborasi antara parti itu dengan Pakatan Harapan (DAP-PKR-Amanah-PPBM). Yang memeriahkan PRU-14, apabila parti-parti dalam Gabungan Sabah juga turut bertanding, selain parti kecil lain seperti PCS.

Jika akan berlaku, bahawa parti warisan Sabah lead kolaborasi dengan PH, membawa pengertian, bahawa parti pimpinan Shafie itu dianggap sebagai pesaing utama parti Umno. Apapun keputusan PRU-14, akan ditentukan oleh rakyat, apa kah rakyat memilih politik pembangunan dan kemajuan yang dibawa Bn, atau kah politik retorik yang dibawa parti lawan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook