Latest News

Wednesday 3 January 2018

PRU-14 SABAH: SENARIO POLITIK SEMPORNA


1. Sebelum Datuk Shafie Apdal keluar daripada Umno, Semporna, sama dengan Kota Belud adalah wilayah Umno.


2. Kekuatan Umno di buah kawasan itu, sangat terletak kepada para pemimpin di dua buah kawasan itu, atas sebab itu, Kota Belud mendapat panggilan Anak Sulung Umno, kerana di kawasan itulah untuk pertama kali Umno bertapak di Sabah, apabila Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun menjadi calon pertama parti itu di Sabah menerusi PRK tahun 1991.

3. Manakala Semporna pula, memang kubu parti Usno, kerana di kawasan itulah kubu Tan Sakaran Dandai (kini Tun) sepanjang bersama parti Usno sebelum dibubarkan.

4. Selepas parti Umno bertampak di kawasan itu, bermunculanlah para pemimpin kawasan itu, antara lain Datuk Ramlee Marhaban, Datuk Basile Abdul Hamid, Datuk Herman Mohammad, selain Datuk Shafie Apdal dan Datuk Nasir Tun Sakaran.

5. Selepas Tun Sakaran bersara daripada politik, kepimpinan kawasan itu tertumpu pada Shafie, kerana beliau merupakan Ketua Bahagian Semporna sehinggalah keluar daripada parti pada tahun 2016.

6. Walaupun Shafie keluar daripada parti, tidak ramai pemimpin parti yang turut sama, kecuali beberapa AJK bahagian, termasuk Pengerusi tetap , Ketua Wanita dan Ketua Pemuda bahagian itu. Oleh kerana sedikitnya AJK bahagian yang ikut jejak MP Semporna itu, maka keutuhan bahagian itu masih kekal, dan seterusnya diambil alih oleh Timbalan Ketua Bahagian sebagai pemangku sehingga kini. Penyusunan bahagian itu, diatur semula, termasuk melantik Datuk Ramlee bagi menjalankan tugas-tugas Timbalan Ketua Bahagian, sehingga pemilihan akan datang.

7. Menjelang PRU-14 Sabah, keadaan Bahagian Umno Semporna, sebenarnya sudah pada kedudukan gear 5, bagi mempertahankan tiga DUN dan satu parlimen bagi kawasan itu.

8. Namun, terdapatnya kemusykilan tersembunyi di kawasan itu, kerana apa yang ternampak di luaran tidak sama seperti mana yang terdapat di peringkat dalaman, kerana adanya para pemimpin tertentu di bahagian itu, masih bertindak gergaji dua mata, yang mana sebelah kaki masih pada Umno, akan tetapi secara tersembunyi bersimpati (menyokong) pada Shafie.

9. Keadaan bermain wayang inilah menjadi halangan utama bagi Bn mempertahankan kawasan itu. Senario ini sememangnya disedari puncuk pimpinan samada diperingkat negeri mahupun pusat.

10. Keadaan politik Semporna, dikatakan hampir sama dengan keadaan PRN tahun 1985, semasa parti Berjaya ditentang parti PBS, di mana masa itu, tidak ternampak bahawa PBS dapat bersaing dengan parti yang diterajui Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).

11. Bagi meneutralisasi keadaan politik Semporna, maka pemimpin seperti Ramlee Marhaban, Herman Mohammad dan para pemimpin dalam pasukan beliau, perlu mengembling tenaga yang maksima, bagi memastikan kawasan Semporna masih wilayah Umno dan Bn.

12. Pada PRU-14, masing-masing pihak akan all-out, khususnya Shafie, kerana kalah di kawasan itu, bermakna, sebagai penamat politik beliau, manakala bagi Bn, kalah di Semporna, meskipun ada impak, tetapi bukan sebagai penanda aras tidak kukuhnya parti itu di Sabah.

13. Kalau Bn kalah di Semporna, akan sama keadaannya, apabila Bn kalah di Klias. Impaknya, hanya terhad, manakala, jika Shafie kalah, membawa pengertian parti beliau yang berlambangkan perahu layar, akan terkubur selama-lamanya.

14. Para pemimpin Umno Semporna khususnya Datuk Ramlee dan kawan-kawan, menyedari keadaan genting yang mereka hadapi, sebab itu, mereka telah mengembeling tenaga sejak Shafie meninggalkan parti sehingga menjelang PRU-14 untuk memastikan semua kawasan dimenangi walaupun dengan SATU UNDI.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook