1. MELIHAT senario politik semasa bagi kawasan Semporna, Bn perlu
mencadangkan seorang calon bukan sahaja mempunyai sokongan akan tetapi,
dilihat boleh melawan “ ketokohan” Datuk shafie Apdal di kawasan itu.
2.
Melihat pemimpin Umno semporna, jika dilihat daripada segi perjuangan
dalam parti dan kewibaan sejak 20 tahun lalu, pemimpin yang mempunyai
ciri-ciri “boleh” melawan Shafie adalah ADUN Bugaya yang juga Pembantu
Menteri Kewangan Negeri- Datuk Ramlee Marhaban.
3. Ramlee disamping mempunyai pengalaman di peringkat pemuda bahagian, juga seorang yang berlatar ahli perniagaan yang berjaya.
4.
Jika Ramlee dicadangkan di Peringkat Parlimen, pengundi Semporna akan
mempunyai dua pilihan, samada parti Bn yang dipimpin Tan Sri Musa di
Peringkat negeri dan DS Najib Razak di peringkat Pusat atau kah parti
Shafie.
5. Ramlee adalah pemimpin parti Umno di luar lingkaran
Keluarga Tun Sakaran Dandai, selain itu beliau juga adalah anak didik
Musa dalam kancah politik.
6. Tag sebagai anak didik Musa,
menyebabkan kepimpinan Umno Semporna ketika dipimpin Shafie, menganggap
Ramlee sebagai pesaing, dalam kepimpinan Umno bahagian. Atas sebab itu,
pada PRU-13 lalu, bahagian itu tidak mencadangkan beliau sebagai
calon.
7. Apabila Musa bertegas untuk mencalonkan beliau, maka
telah dipasang seseorang calon bebas, mantan pegawai Khas KKLW yang
bersekutu dengan Shafie. Meskipun demikian, kawasan itu tetap dimenangi
calon Bn. Ramlee semasa mula bertanding pertama kali dalam pilihan
raya, sebenarnya telah menang TANPA TANDING, ertinya, bagi kawasan DUN
Bugaya, tidak terdapatnya pesaing, kerana apa? mereka menerima ketokohan
Timbalan Biro Penerangan Umno Sabah itu.
8. Memandangkan Shafie
sudah merupakan lawan Bn, maka bagi mempertahankan kawasan itu bagi
pihak Bn, pucuk pimpinan, perlu mencalonkan ADUN Bugaya itu di peringkat
Parlimen pada PRU-14.
9. Memang banyak penganalisa politik,
telah meletakkan, Parlimen Semporna bersama 3 Dun (Senallang, Sulabayan,
Bugaya) akan jatuh kepada parti yang dipimpin Shafie, namun anggapan
itu, tidak selari dengan keadaan di peringkat akar umbi.
10. Di
peringkat akar umbi, sokongan terhadap Umno/Bn masih kukuh. Jika
terdapat “mass movement” khususnya dalam acara jelajah Shafie,
sebenarnya mereka itu, hanya mengambil tahu, atau menghormati MP
Semporna selama 22 tahun itu. Perlu diingat, hormat tidak bermakna
menyokong!!!.
11. Penulis yakin, hanya menerusi Ramlee, Parlimen
Semporna dapat dipertahankan oleh Bn, selain daripada itu, ianya hanya
sebagai penyertaan dalam pesta demokrasi.
12. Menurut pendapat
penulis, jika Ramlee dipilih, keadaan “all-out” dan “do or die” akan
berlaku, atas sebab itu, jika Ramlee bertembung dengan Shafie, parlimen
Semporna bukan sahaja panas, akan tetapi meriah. Pertembungan itu,
umpama berjumpanya BUKU dan RUAS.
13. Kemenangan Ramlee bukan sahaja menutup tirai politik Shafie, malah akan terkubur selama-lamanya.
14.
Puncuk pimpinan parti, perlu mengambil kira cadangan penulis ini,
kerana hanya menerusi cara itu sahaja, Parlimen Semporna bersama dengan 3
DUN dalam parlimen itu akan tetap dimenangi Bn. Fikir-Fikirkan Lah.
0 comments:
Post a Comment