Latest News

Wednesday 3 January 2018

PRU-14 SABAH: SOKONGAN RAKYAT DIPERLUKAN BAGI MENERUSKAN KEMAJUAN SABAH


1. Para pemimpin dan Kerajaan Sabah sudah berkhidmat kepada rakyat sebaik diberi mandat pada PRU-13 lalu. Janji-janji 5 tahun lalu telah ditunaikan. Kerajaan sangat berterima kasih kepada rakyat kerana memberi mandat. Atas amanah yang diberikan itu, maka para pemimpin kerajaan telah mencuba semaksima mungkin menunaikan amanah itu.


2. Kerajaan sedar, bahawa amanah yang diberikan, membolehkan kerajaan merancang dan memajukan negeri.

3. Oleh kerana kerajaan mempunyai sokongan yang kuat rakyat, maka sebagai hasilnya, kerajaan dapat membentang bajet yang besar bagi memajukan dan membangun negeri. 

4. Disokong menerusi pengurusan kewangan yang baik dan transparen, kerajaan negeri mampu mengumpul simpanan kewangan negeri yang cukup lumayan, di mana setakat ini telah mencecah RM3.74bilion, berbanding tahun 2003 yang hanya berjumlah RM184juta.

5. Demi generasi akan datang, kerajaan juga mengambil pendekatan memerlihara hutan kekal Sabah, yang mana setakat ini hutan kekal negeri telah mencapai 1.7juta hektar berbanding tahun 2002 838ribu hektar. Kerajaan bertekad, menjelang tahun 2025, 30% “land mass” negeri diselimuti hutan.

6. Bagi rakyat yang tinggal di kawasan Pedalaman, pengurusan tanah NCR menerusi geran komunal akan diteruskan, demikian juga pemajuan Mini Estet Sejahtera (Mesej) akan diteruskan .

7. Tiada cara bagi kerajaan meneruskan apa yang telah dirancang, termasuk projek-projek utama, seperti lebuh raya Pan Borneo, hanya menerusi sokongan rakyat, khususnya pada PRU-14.

8. PRU-14, memang diakui, adalah pilihan raya paling sengit di negara ini, oleh kerana itu, rakyat perlu berfikir sejenak, dan jangan sama sekali terpedayah dakyah pembangkang, yang hanya berprinsip pada politik retorik, tiada rekod dan belum teruji.

9. Parti Bn, adalah parti yang mempunyai rekod, dan parti yang telah teruji. Sebarang janji yang diucapkan, pasti ditunaikan.

10. Pada PRU-14, parti Bn bersama dengan pemimpinnya berdepan dengan rakyat bersama-sama dengan rekod. 

11. Bagi meneruskan rentak kemajuan itu, maka rakyat Sabah tiada pilihan, selain meneruskan kerajaan yang sedia ada. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook