Latest News

Thursday 4 January 2018

PRU-14 SABAH: UBAH ATAU TATAP BN ?


1. Pada PRU-13, SIMPANAN TETAP lawan INI KALI LAH.

2. Keputusan PRU itu, BN 48 dan pembangkang 12 di peringkat DUN, manakala di peringkat Parlimen BN 22 dan Pembangkang 3.

3. Selain itu, impak INI KALI LAH juga tercatit kekalahan dua Presiden parti komponen pada PRU itu, iaitu Presiden LDP di Parlimen Sandakan dan Presiden UPKO di Parlimen Penampang.

4. PRU-14, TATAP lawan UBAH.

5. Pada PRU itu- seramai 1.043juta pengundi akan berdepan dengan dua pilihan TATAP atau UBAH. Namun daripada 1.043 juta itu, lebih 500ribu adalah ahli Umno dan parti komponen. Makna kata, lebih separuh daripada pengundi itu akan pasti memilih TATAP.

6. Dalam sistem demokrasi yang negara kita yang MENGUNAPAKAI FIRST THE PAST POST SYSTEM, maka mereka yang memilih TATAP akan diistiharkan sebagai pemenang.

7. Keadaan ini boleh terlaksana, dengan syarat, jentera pilihan raya Bn berjalan dengan ampuh sekali, tidak terdapatnya ahli yang bermain talam dua muka, termasuk gunting dalam lipatan.

8. Pucuk pimpinan negeri, khususnya Tan Sri Musa Aman, menyedari, bahawa faktor talam dua muka, gunting dalam lipatan, gergaji dua mata sedang berlaku, selepas penubuhan parti Warisan Sabah, khususnya di kawasan Parlimen Semporna dan Silam.

9. Tindakan talam dua muka, gergaji dua mata, malah gunting dalam lipatan, terbukti memang berlaku, kerana ‘HASIL PERJUMPAAN UMNO SEMPORNA DENGAN PERDANA MENTERI” di penghujung tahun lepas dengan mudah sampai ke telinga Datuk Shafie Apdal, bukan sahaja tetang perjumpaan itu, akan tetapi isu-isu yang dibincangkan.

10. Semasa perjumpaan Umno Semporna dengan Perdana Menteri, antara pemimpin Umno Semporna itu adalah Datuk Ramlee Marhaban, Datuk Nasir Sakaran, bersama dengan tiga orang lagi. Ramlee, memang diketahui bukan sahaja di Semporna malah secara umum, sudah lama tidak dapat bertembung ‘eye to eye” dengan Shafie, kerana mempunyai perbezaan pendekatan dalam politik, terutamanya pada PRU-13 itu, Shafie tidak mencadangkan ADUN Bugaya itu bertanding.

11. Ramlee dianggap musuh politik Shafie di Semporna, kerana Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah itu “align” dengan Tan Sri Musa.

12. Ternampak juga secara visual menerusi rakaman video, walaupun kejadian itu sempena HARI RAYA, namun, jelas, bahawa Shafie masih merupakan pemimpin pujaan pemimpin Umno tertentu di Semporna, walaupun Shafie pada masa video itu dirakam adalah Presiden parti Warisan Sabah.

13. Permainan dalaman dipercayai hanya berlaku di kawasan Semporna dan Silam, akan tetapi tidak di kawasan lain.

14. Sabah mempunyai 60 Dun, dan 6 DUN berada di parlimen Semporna dan Silam. Berasaskan permainan dalaman, maka dikatakan sebagai faktor yang menjadi penghalang utama, bagi Umno mempertahankan sekurang-kurangnya dua DUN dan satu parlimen daripada kawasan yang dimaksudkan.

15. Sesuai dengan jumlah DUN Sabah, parti mana yang mendapat 31 kerusi, berasaskan First The Past Post System, adalah pemenang, manakala untuk kuasa 2/3, diperlukan 40 kerusi DUN.

16. Melihat gelagat “mainan dalaman” di dua kawasan yang disebutkan, meskipun ada impak, akan tetapi tidak memudaratkan PELUANG TATAP, dan seterusnya UBAH akan berganti LAIN KALI LAH.

17. Semoga tulisan ini terbaca oleh pihak-pihak yang tergolong dalam kumpulan bermain secara dalaman, supaya mereka dapat meluruskan naiwatu dalam menyokong Umno dan Bn.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook