Latest News

Saturday 27 January 2018

SENARIO SEMASA PRU-14


BAIK diperingkat nasional mahupun negeri, scenario Pru-14 agak berbeza dengan PRU-13, kerana selain berdepan para pemimpin parti lawan yang berbeza, juga kombinasi politik yang berbeza.


Di Sabah misalnya, pada PRU-13, parti lawan Bn bekerja berbeza dengan cara mereka pada PRU-14, selain itu adanya parti baharu yang diketuai mantan Naib Presiden Umno.

Kata peribahasa sekali air bah, maka pantai berubah. Demikian juga strategi, perlu berubah menyesuaikan dengan keadaan yang berubah.

Menggunakan strategi pada PRU-13 untuk PRU-14, dikira pendekatan lapok, kerana jika diteruskan, maka pendekatan itu kurang berimpak, kerana situasi dan kondisi yang berbeza.

Di kalangan parti Bn, memang tiada perubahan, kerana dipimpin pemimpin yang sama, meskipun demikian strategi kena berubah sesuai dengan aliran masa.

Parti Bn, memang tetap menghandalkan kepada politik pembangunan dan kemajuan. Menghandalkan kepada politik tunai janji. Memang itulah cara parti Bn memberi tahu pengundi, melalui hujah, bahawa kerajaan yang diterajui Bn, fakta akan bercakap dengan sendirinya, sebagai rekod.

Parti kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk membuat janji bulan bintang atau janji-janji retorik, kerana sebarang perancangan atau kebijaksanaan kerajaan tercermin pada Bajet yang telah dibentangkan. Berbeza dengan parti yang melawan, mereka boleh membuat janji, boleh membuat sebarang janji, kerana mereka tidak mendasarkan janji-janji mereka kepada sebarang data, dengan kata lain, janji-janji mereka tidak berpaksi di bumi nyata.

Selain itu, kesanggupan parti lawan menabur cerita-cerita bohong termasuk fitnah, merupakan pendekatan jangka pendek mereka, untuk mengaburi mata dan minda rakyat, namun cara ini bukan pendekatan parti Bn di negeri-negeri yang mana Bn sebagai parti lawan kepada kerajaan, kerana parti Bn tidak biasa dengan cerita-cerita bohong dan fitnah.

Parti Bn terbiasa sebagai parti yang bertanggungjawab, sebab itulah di kalangan pelayar media sosial, atau portal-portal berita atas talian, polisi-polisi parti Bn kurang mendapat liputan, kerana ianya tidak berunsur sensasi.

Hakikat yang tidak boleh ditolak, di negara ini, cerita-cerita sensasi atau gossip mempunyai tempat yang cukup besar, sebab itu, masih ramai rakyat yang percaya bahawa hantu pucong atau kuntilanak itu wujud.

Hakikatnya, pada PRU-14, akan terlihat mana kah pilihan rakyat, parti yang membawa fakta dan rekod atau parti yang bersandar pada air liur dan janji-janji bulan bintang.

Sejauh mana para pemimpin parti Bn atau parti lawan meyakinkan pengundi akan dilihat menerusi keputusan PRU itu. Namun, alangkah eloknya, jika pengundi mendasari pilihan mereka kepada fakta dan rekod, jangan bersandar pada bunyi guruh dilangit disangka hujan akan turun.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook