Latest News

Saturday 20 January 2018

SOLUSI KERAJAAN BAGI BANJIR PENAMPANG

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) mana suda peruntukan rm280juta... Oleh FB Ho Nam (screenshot)

BANJIR penampang dikenalpasti disebabkan oleh pemotongan bukit secara haram, pembinaan perumahan ditapak-tapak dahulunya sawah (tanah rendah), apabila ditimbus, maka menyebabkan limpahan air, apabila hujan lebat.

Pembinaan perumahan di kawasan itu yang tidak teratur, terutama oleh pemilik tanah, maka penyumbang utama kepada banjir kilat. Kelajutan membina perparitan lebih lambat berbanding penimbusan tanah-tanah persendirian, maka menyumbang kepada banjir kilat.

Majlis daerah atau Pejabat Daerah tidak dapat berbuat banyak, apabila berkaitan tanah persendirian ditimbus, walaupun penimbusan itu boleh menghalang aliran air. Cukup bukti, apabila hujan lebat sahaja, air melimpah dijalan-jalan, kerana perpartitan di tanah-tanah persendirian tidak dibina, maka air terus mengalir ke jalan, kerana parit yang dibina tidak dapat menampung limpahan air.

Kerajaan Persekutuan menyediakan dana RM280juta untuk mitigasi banjir, di mana dana itu digunakan untuk membina parit-parit besar, akan tetapi berdepan dengan masalah tanah, kerana laluan parit-parit dihalang oleh pemilik tanah. Seharusnya, mereka yang minat sangat berkaitan banjir kilat di Penampang, perlu membantu pejabat daerah menyelesaikan keengganan pemilik tanah untuk dilalui parit mitigasi banjir.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook