Latest News

Thursday 15 February 2018

22 Tahun- Shafie Tidak Pernah Bercakap Hak Sabah & MA63


Datuk Shafie Apdal dalam karier politik beliau selama 22 tahun, tidak pernah sepatah perkataan pun bercakap soal hak-hak Sabah & MA63.

Mengapa secara tiba-tiba, Presiden parti Warisan Sabah itu bercakap mengenainya? Sebabnya hanya, beliau tiada modal politik untuk dijual kepada rakyat Sabah untuk menyokong parti beliau.

Bercakap berkaitan dua isu itu, setidak-tidak beliau dan parti beliau berbahagi penyokong antara penyokong Datuk Jeffery Kitingan yang telah bercakap mengenainya sejak tahun 1987, malah Presiden STAR itu ditangkap melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh Tun Dr Mahathir, kerana bercakap berkaitan 20 Perkara & MA63.

DS Najib Razak berulang kali menyatakan, jika ada hak-hak Sabah terambil dengan tidak sengaja oleh pemimpin sebelum beliau, maka hak-hak itu akan dikembalikan.

Sebelum sesuatu itu dikembalikan, maka satu rekod perlu dikemas kini yang berbentuk debit dan kredit. Oleh kerana ada yang menyatakan bahawa sejak 1974, 40% pendapatan Persekutuan daripada Sabah yang sepatutnya dikembalikan kepada Sabah dihentikan, maka bermula daripada masa itu, perlu disediakan senarai (Debit & Kredit), supaya diketahui amaun yang sebenarnya.

Perdana Menteri telah bersetuju, sebab itu jawatankuasa mengenainya telah dibentuk, ertinya, tidak diperlukan satu resolusi atau enakmen DUN Sabah, kerana tujuan resolusi atau enakmen itu, pada akhirnya akan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji.

Keputusan menubuhkan jawatankuasa sebenarnya telah mendahului masa, dan bertujuan, agar keputusan dapat dibuat dengan segera.

Mengembalikan hak-hak Sabah, sebenarnya memerupakan komtimen DS Najib Razak dan beliau komited mengenainya.

Sebenarnya, sejak DS Najib Razak menjadi Perdana Menteri, beliau sangat komited memajukan Sabah dan Sarawak seiring dengan kemajuan Semenanjung. Menerusi komitmen itu, maka peruntukan untuk Sabah dan Sarawak akan “beyond” 40% pendapatan Persekutuan daripada dua negeri itu, kerana memajukan dan membangun dua negeri yang ketinggalan begitu jauh memerlukan dana yang cukup besar.

Datuk Shafie tidak perlulah bercakap sesuatu yang baharu bagi beliau, kerana sebenarnya beliau ketinggalan keretaapi berkaitan hak-hak Sabah & MA63, kerana para pemimpin Sabah yang ada sudah bercakap mengenainya, hanya ianya tidak dijadikan sebagai isu politik, akan tetapi menerusi pendekatan yang berhemah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook