Latest News

Tuesday 6 February 2018

BAGAIMANA MAHU TENTUKAN ANTARA BERITA PALSU, FITNAH DAN REKAAN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) ni mengkali sebab kenapa Madius Tangau konfiden... Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

TULISAN penyokong Warisan (Jo Nandu) di laman facebook miliknya itu, adalah contoh berita palsu, fitnah dan rekaan. Mengapa? Tidak mungkin perpindahan pengundi boleh menyebabkan sesebuah parti boleh menang!!! Tidak mungkin pengundi pos, sesebuah parti boleh menang, sebabnya pengundi sedemikian hanya sebahagian kecil daripada pengundi. Parti yang boleh menang, adalah parti yang mendapat sokongan majoriti pengundi. Kalau mahu menang, tawanlah hati majoriti, bukannya puluhan pengundi pos.

Jumlah pengundi Sabah 1.104 juta, mereka yang kononnya pindah tempat mengundi seperti dakwaan Loretto Padua berjumlah 40,000, iaitu 3.6% daripada seluruh pengundi yang terbaur di 25 parlimen dan 60 dun. Kalau dipuratakan setiap parlimen ada 1,600 pengundi bertukar tempat mengundi. Tiada penanda aras jumlah itu boleh meyebabkan sesebuah parti menang.

Lorreto ini seorang peguam, tak kan tidak mampu berfikir, bahawa calon yang boleh menang, sekurang-kurangnya mendapat undi 5,000 bagi dun yang mempunyai pengundi kurang daripada 10,000. Lainlah halnya, kalua jumlah pengundi sesebuah parlimen hanya 2000, maka 1,600 itu boleh memenangkan seseorang calon.

Hanya fikiran lembab dan cetek sahaja menerima bahawa undi pos atau pengundi yang bertukar undi boleh memenangkan sesebuah parti.

Undi pos, hanya terhad pada mereka yang sedang bertugas semasa pilihan raya, termasuk juga pengundi luar negara. Jumlahnya hanya kurang 1% daripada jumlah undi pada sesebuah Kawasan.

Kalau parti memang akan kalah, kerana tidak mendapat undi majoriti, jangan salahkan undi pos, kerana jelas undi pos bukan penentu kemenangan seseorang calon atau parti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook