Latest News

Tuesday, 13 February 2018

“caption” itu Bukan Kata Musa Aman : Rakyat Jangan Tertipu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) BAKAL DITOLAK OLEH ORANG BORNEO, DENGAN SEKUTUNYA...  Oleh FB Mike  Boldin Sompong (screenshot)

INFO seperti pada infografik itu yang dikatakan sebagai berita palsu, kerana kenyataan pada caption itu bukan kenyataan Tan Sri Musa Aman.

Pemimpin seperti Musa tidak akan pernah berkata demikian, kerana bukan sahaja maklum dan sedar, akan tetapi tahu betul, bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak-hak istimewa atau dalam istilah lain autonomi dalam Persekutuan Malaysia.

Penyebar berita palsu itu, adalah seorang yang kurang akal, akan tetapi menganggap orang lain juga kurang akal.

Sabah dan Sarawak sejak tahun 1963 mempunyai hak-hak tertersendiri dalam Persekutuan Malaysia berbanding negeri-negeri lain. Mana-mana pemimpin Sabah dan Sarawak mengetahuinya. Hanya mereka yang cetek akal dan fikiran dan orang membuta tuli, sanggup membuat berita palsu seumpama dalam caption itu.

Kemungkin besar orang yang menyediakan infografik ini, bukan asal Sabah, akan tetapi mengaku sebagai rakyat Sabah, kerana setiap rakyat Sabah kecuali yang buta peta buta sejarah akan akan menerima info seperti yang ditularkan.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook