Latest News

Monday 19 February 2018

CARA BN ADALAH CARA BN- PEMBANGKANG “JAGA TEPI KAIN SENDIRI”

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Susah klu anak sabah sendiri tak mampu buat keputusan... Oleh FB Kibot Navara (screenshot)

Cara BN pilih calon, terserah Bn lah. Prinsip Bn jelas, patuh pada ketua, seperti kereta api, mana kepala di situlah lokomotif akan mengarah. Makna kata, prinsip Bn, cukup jelas, permuafakatan dan berpasukan merupakan kunci utama, ertinya dalam satu kapal hanya ada satu kapten, bukannya macam parti Warisan Sabah, lebih ramai kapten berbanding kelasi.

Kapal layar itu akan tenggalam kerana tiada sampai ke destinasi, kerana tiada kelasi yang sanggup mendayung kapal, kerana semuanya kapten.

Prinsip permuafakatan BN terbukti selama 13 kali pilihan raya, terbukti sejak negara merdeka, rakyat memberi mandat, kerana menerusi prinsip berketuakan satu, menjadikan Bn kuat, kerana permuafakatan itu sentiasa membawa berkat.

Prinsip BN adalah parti dan perjuangan, bukannya pada calon. Sebab itu, sesiapa sahaja calon yang dipilih hendaklah diputuskan oleh ketua atau kapten, kerana sebagai ketua atau kapten, tahulah beliau, mana calon yang diterima rakyat, kerana ketua sahaja yang menerima berbagai maklumat berkaitan calon.

Bn telah buktikan bahawa meletakkan pemilihan calon kepada ketua, menjadikan setiap pihak bekerja secara berpasukan, kerana kesetiaan kepada ketua adalah nombor satu.

Kepada parti Warisan Sabah, terserahlah kepada Bn, bagai mana menentukan calon, kamu tidak perlu sibuk-sibuk.

Kepada parti Warisan Sabah, tahu kah kamu, bahawa parti pembangkang, seperti DAP, PAS, PKR, malah satu masa lalu S-46 dan parti-parti pembangkang lain cuba meniru cara Bn, dengan penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Gagasan Rakyat, Pakatan Rakyat dan kini Pakatan Harapan, malah di Sabah ada Gabungan Sabah (GS), semua itu meniru cara Bn.

Parti Warisan Sabah, akan jadi seperti mana berlaku pada Parti Bersekutu, hanya timbul dimusim pilihan raya, kemudian itu hanyut.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook