Latest News

Tuesday, 20 February 2018

DR JEFFERY BUKTIKAN PARTI TEMPATAN MEMISKINKAN SABAH



Datuk Dr Jeffery Kitingan adalah seorang individu di belakang tadbir semasa pemerintahan parti PBS daripada tahun 1985-1990.

Adik kepada Tan Sri Pairin Kitingan itu, adalah individu yang sangat “berkuasa” masa itu, selain mengetahui berbagai syarikat penting negeri, termasuk Yayasan Sabah.

Dengan slogan “bergandingan tangan” “Sabahan will show the way”, malah slogan itu mendapat slot menerusi TV3, dan ke udara setiap 30 minit sebelum berita pukul 8 malam.

PBS sebagai parti yang memerintah Sabah pada masa itu, telah mempraktikan tindakan berdikari, menentukan masa depan sendiri, selain bertindak sesuai dengan acuan sendiri.

Meskipun dengan acuan sendiri, berpaksi pada slogan yang disebutkan, kerajaan negeri pada masa itu tidak juga berjaya mengaplikasikan acuan sendiri untuk memberi manafaat kepada rakyat Sabah, khususnya untuk membangunan dan memajukan negeri, misalnya mengubah khazanah negeri seperti sumber hutan kepada penubuhan syarikat-syarikat yang boleh membuka peluang pekerjaan, perkhidmatan untuk kemakmuran rakyat, sebaliknya, banyak syarikat berkaitan kerajaan yang wujud semasa pemerintahan parti Berjaya, selain ditutup, dijual, malah dalam tempoh 5 tahun, keadaan perekonomian Sabah dan rakyat semakin merundum, dan pengakihirannya, kadar kemiskinan Sabah meningkat sehingga 40%.

Pada tahun 2009, kadar kemiskinan Sabah masih berada pada kadar 19.7%, walaupun kerajaan yang mengambil telah berusaha sedaya upaya untuk membangun dan memajukan negeri menerusi peruntukan yang banyak, pengurusan sumber yang terancang, selain pengamalan pengurusan kewangan yang telus dan tranparen.

Semasa pemerintahan PBS, dengan slogan bergandingan tangan dan Sabahan will Show the way, keluasan hutan Sabah semakin hari semakin menyusut, termasuklah konsesi Yayasan Sabah. Konsensi Yayasan Sabah semakin cepat berkurang, apabila diwujudkan syarikat untuk mengurus sumber hutan yang dimiliki Yayasan itu, iaitu menerusi Innoprise Sdn Bhd.

Semasa Sabah diperintah dengan PBS, iaitu parti tempatan, dan kaedah pemerintahan itu cuba dikembalikan oleh parti-parti pembangkang tempatan, antara lain parti Warisan Sabah dan parti-parti dalam Gabungan Sabah (GS), Sabah dan rakyatnya begitu mundur sekali, sehinggakan menduduki tercorot sebagai negeri termiskin di negara ini.

Cuba bayangkan, pada tahun 2003, simpanan kewangan negeri hanya RM184juta, selepas 9 tahun kerajaan PBS tumbang, malah pada permulaan tahun 1994, semasa parti Bn mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri terpaksa meminjam untuk membayar kakitangan awam. Cuba bayangkan membayar gajipun terpaksa meminjam, sudah tentunya peruntukan untuk pembangunan kosong.

Keadaan Sabah pada masa itu (1985-1990) khususnya kawasan-kawasan bumiputera islam begitu mundur sekali, menyebabkan, berlaku pergolakan politik yang sangat hebat, sehinggakan Allahyarham Tun Mustapha menjemput Umno masuk, kerana sebagai parti tunjang kerajaan Malaysia, maka sudah tentunya, parti itu mempunyai kapasiti untuk membangun dan memajukan Sabah dan rakyatnya.

Kemasukan Umno dan menjadi tunjang kerajaan, telah menstabilkan politik, sehinggakan kebiasan, setiap 9 tahun kerajaan Sabah berubah, tidak berlaku. Akibat kestabilan dan penerusan kerajaan itu, maka Sabah semakin maju, khususnya selepas kerajaan memperkenalkan halatuju pembangunan & Kemajuan Sabah (HALATUJU) sebaik Sabah Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada Mac 2003.

Bermula dengan HALATUJU, pembangunan & kemajuan Sabah terus dipacu, kewangan negeri terus meningkat, sehinggakan melepasi angka RM3bilion, Bajet negeri terus bertambah, malah terus mencipta rekod. Bajet negeri untuk tahun 2018 berjumlah RM4.104bilion merupaka

bajet rekod baru, dan apa yang manisnya, bajet itu merupakan bajet surplus.

Dr Jeffery kena mengakui, bahawa persekitaran perekonomian sudah berubah. Perekonomian tanpa sempadan, tidak lagi berpaksi kepada faktor mikro akan tetapi makro. Perekonomian sesebuah negeri atau negara saling berkait dengan perekonomian aggregat, dan boleh lagi berkiblat pada ekonomi tertutup, kerana dunia perdagangan, kemajuan dan pembangunan saling kait berkait antara berbagai pihak, dengan amalan menang-menang.

Pembangunan & Kemajuan Sabah, bukan sahaja berasaskan kepada pendapatan Sabah, akan tetapi sangat memerlukan peruntukan daripada Persekutuan, bagi meneruskan momentum pembangunan & kemajuan agar cepat setara dengan Semenanjung.

Kembali kepada keadaan lalu, adalah tindakan undur ke belakang, bukannya ke depan. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook