Latest News

Sunday 18 February 2018

HALA TUJU TAN SRI MUSA TERHADAP SABAH

1. CUKUP jelas sebaik sahaja Datuk Seri Musa Aman (kini Tan Sri) dilantik ke jawatan Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, beliau merperkenalkan Halatuju Pembangunan & Kemajuan Sabah (Halatuju) sehingga tahun 2025.

2. Matlamat utama halatuju itu, adalah Sabah akan menjadi negeri maju (Sabah lepas landas).

3. Apabila bercakap berkaitan pembangunan & kemajuan negeri, maka ianya meliputi seluruh kawasan atau daerah, termasuklah Semporna.

4. Tidak ada istilah meminggirkan pembangunan & kemajuan mana-mana kawasan atau daerah, seperti mana dituangkan dalam halatuju yang dilancarkan Musa, kerana pada tahun 2025, semua kawasan atau daerah perlu seimbang atau samarata daripada segi pembangunan & kemajuan.

5. Bagi Musa, menerusi pengenalan halatuju, tiada istilah mempolitikkan pembangunan & kemajuan sesuatu kawasan atau daerah, kerana hala tuju itu mencakupi bukan sahaja kawasan atau daerah yang diwakili parti Barisan Nasional akan tetapi juga oleh parti pembangkang.

6. Kelajuan pembangunan & kemajuan sesuatu kawasan, memang tergantung kepada sumber kewangan negeri dan juga persekutuan. Bagi kawasan/daerah di mana wakil rakyatnya mempunyai kedudukan sebagai menteri, pembantu menteri, menteri persekutuan atau timbalan menteri, maka pembangunan & kemajuan bagi kawasan/daerah itu lebih cepat sedikit berbanding kawasan yang diwakili oleh wakil rakyat biasa.

7. Dalam sistem agihan peruntukan bagi kawasan-kawasan samada DUN dan Parlimen, adalah sama, namun apabila kawasan itu diwakili seorang menteri atau pembantu menteri atau menteri persekutuan atau timbalan menteri, kawasan/daerah itu mendapat peruntukan menerusi kementerian seseorang wakil rakyat itu berpaksi pada kuasa pada beliau.

8. Adalah satu kebiasan, apabila sesebuah kawasan/daerah diwakili wakil rakyat yang ada kedudukan kerajaan, kawasan sedemikian lebih cepat menerima pembangunan & kemajuan.

9. Musa menerima hakikat, bahawa membangun & memajukan Sabah perlu peruntukan besar daripada Persekutuan, sebab itu, bukan sahaja beliau akan tetapi negeri mengharapkan peruntukan itu daripada para pemimpin Sabah yang mempunyai kedudukan menteri di peringkat Persekutun. Makna kata, setiap sen peruntukan untuk membangun & memajukan Sabah ibarat kata pepatah kecil tapak tangan nyiru ditadahkan. Kesedian menerima peruntukan daripada Persekutuan, membawa erti, tiada dalam kamus Musa menghalang setiap projek daripada Persekutuan, yang membawa pembanguan & kemajuan, kerana ianya selaras dengan HALATUJU Negeri.

10. Jika ada dakwaan, kononnya Musa menghalang projek-projek pembanguan & kemajuan untuk sesuatu kawasan/daerah, ianya hanya omong kosong.

11. Apabila seorang pemimpin Sabah pada tahun 2009 dilantik ke jawatan Menteri Kemajuan Luar bandar & wilayah (KKLW) bukan sahaja Musa akan tetapi Sabah berterima kasih kepada Dato Seri Najib Razak, kerana kementerian itu memang disalurkan banyak peruntukan untuk memajukan kawasan luar bandar, khusus membina infrastruktur seperti bekalan air bersih luar bandar (BALB), bekalan elektrik luar bandar (BELB), jalan raya luar bandar (JRLB) serta jalan kampung, kerana menerusi kementerian itu, sekurang-kurangnya 25% peruntukan keseluruhan yang disalurkan adalah untuk Sabah. Sebab itulah, daripada tahun 2009-2015, sejumlah RM7.5bilion peruntukan kementerian itu adalah untuk luar bandar Sabah.

12. Peruntukan RM7.5bilion itu merupakan RM1.25bilion setahun. Angka itu memang cukup besar untuk Sabah, kerana bajet Negeri hanya sedikit di atas RM4bilion setahun.

13. Jika dana KKLW sebesar RM7.5bilion benar-benar digunakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar, termasuk di kawasan Semporna, maka rungutan berkaitan BALB, BELB, JRLB dan jalan kampung tidak lagi menjadi rungutan rakyat.

14. Membangunan & Memajukan Sabah sesuai dengan HALATUJU, aspek keselamatan adalah antara faktor yang menunjang. Sebab itu, ekoran pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, diwujudkan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah yang meliputi 1400km daripada Kudat ke Tawau, dan kawasan itu diberikan peruntukan ratusan juta oleh Kerajaan Persekutuan.

15. Kerajaan Negeri cukup serius berkaitan pendatang Asing Tanpa Ijin (PATI) sebab itu ditubuhkan RCI PATI Sabah, dan keputusannya telah diumumkan pada Disember 2014. Ekoran keputusan RCI itu, maka kerajaan Negeri telah melaksankan keputusan drastik, iaitu MEMBURU, MENANGKAP & MENGHANTAR pulang PATI, dan menggunakan slogan TIADA HARI TANPA OPERASI, sehinggakan Sabah sifar PATI.

16. Bagi penyediaan infrastruktur luar bandar, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Persekutuan termasuk membina tebatan banjir, BALB, BELB, JRLB, sebab itu pada tahun 2018, Sabah mendapat peruntukan daripada KKLW, RM220juta (BELB), RM160juta (BALB), RM253.5juta (JRLB) dan Jalan kampung RM38juta.

17. Sementara itu, dakwaan kononnya Kerajaan Negeri telah gagal melaksanakan pemberian geran tanah, hakikatnya dakwaan itu tidak berpijak dibumi nyata, kerana sehingga tahun 2017, sejumlah 119ribu ekar meliputi 213 kampug dan 11,000 pemilik tanah telah diluluskan kerajaan negeri.

18. Berkaitan dakwaan bahawa kerajaan Negeri melaksanakan pembalakan secara meluas, dakwaan itu juga tidak berpijak di bumi nyata, kerana data keluasan hutan Sabah pada tahun 2002 hanya 838 ribu hektar, manakala pada tahun 2017 telah menjadi 1.8juta hektar, pertambahan satu juta hektar atau lebih 119 peratus. Adalah lojik, jika pembalakan tidak dilaksanakan, maka pertambahan keluasan hutan kekal akan meningkat.

19. Berhubungan dengan dakwaan Francis Au, kononnya Semporna di anak tirikan Musa, selama 13 tahun untuk tujuan politik, sebenarnya hanya dakwaan politik. Semporna adalah Kawasan yang diwakili seorang Menteri Persekutuan yang berkedudukan Naib Presiden Umno. Dalam hikraki Umno, dan kerajaan, kedudukan wakil rakyat Kawasan itu, adalah berkedudukan ke-3 dalam system pemerintahan Barisan Nasional. Musa, hanya merupakan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri. Berasaskan kedudukan itu, maka tidak timbul meganak tirikan Kawasan Naib Presiden parti tunjang negeri.

20. Berkaitan penggunaan Helikopter oleh para pemimpin kerajaan termasuk Musa bagi lawatan-lawatan ke Kawasan-kawasan, kononnya satu pengakuan bahawa jalan raya Sabah cukup teruk, sebenarnya hanya bertujuan politik dan dakwaan serkap jarang. Penggunaan helicopter, hanya bertujuan mempersingkat perjalanan, dari satu Kawasan ke Kawasan lain, kerana menerusi udara sahaja, pemimpin boleh berada di Kawasan Pantai Barat di sebelah Pagi, Tengah Hari di Pedalaman dan Petang di Pantai Timur. Mengingat keluasan Sabah, tiada kenderaan darat boleh mengambil alih peranaan pesawat udara, walau bagai mana canggihnya pun lebuh raya.

21. Kepada Ketua Penerangan Wira Parti Warisan Sabah itu, jika saudara keliru, jangan lah membawa orang lain juga keliru.

22. Francis Au kena menerima hakikat bahawa Presiden Beliau, bukan sahaja gagal memajukan Semporna, akan tetapi telah menafikan kemudahan asas rakyat luar bandar di Kawasan lain, khususnya berkaitan dana RM7.5bilion KKLW, yang mana RM1.5bilion daripadanya telah diselewengkan dan kini dalam siasatan SPRM.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook