Latest News

Monday 19 February 2018

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi Itu Lah Datuk Shafie Apdal


KALAU lah wang RM1.5bilion daripada RM7.5bilion dana KKLW untuk luar bandar Sabah daripada tahun 2009-2015 tidak diselewengkan, masalah bekalan air bersih luar bandar (BALB), bekalan elektrik luar bandar (BELB) dan jalan raya luar bandar (JRLB) di Sabah tidak menjadi rungutan ramai rakyat.

Dana RM1.5bilion bukanlah sedikit, kerana jika dibandingkan dengan Bajet Tahunan Negeri Sabah yang berjumlah RM4.104 bilion untuk tahun 2018, jumlah yang diselewengkan itu adalah 36.6%, satu peratusan yang cukup besar.

Shafie dilantik ke jawatan Menteri KKLW oleh Perdana Menteri, supaya pembangunan Sabah, khususnya Kawasan luar bandar dapat dirancakkan, kerana Perdana Menteri ke-6 negara itu sangat komited supaya kemajuan Sabah dan Sarawak dapat standing dengan kemajuan di Semenanjung.

Dato Seri Najib Razak sedar, bahawa kemajuan Sabah dan Sarawak memang ketinggalan, kerana kurang mendapat peruntukan untuk pembangunan di era Tun Dr Mahathir.

Harapan menggunung Perdana Menteri terhadap Shafie, bukan sahaja disia-siakan, akan tetapi mempergunakan kedudukan beliau untuk memperkaya para kroni beliau, termasuk menerusi jalan salah, iaitu menyeleweng dana yang sepatutnya untuk rakyat yang memerlukan.

Shafie ibarat kata peribahasa, harapkan pagar, pagar makan padi. Kemungkinan besar, mengapa MP Semporna itu menubuhkan parti yang dinamakan Warisan, supaya, para pemimpin parti itu mewarisi cara-cara beliau menyeleweng dana awam.

Lihat sahaja para pemimpin parti itu, adalah para pemimpin yang tiada integrity, termasuk menipu pengundi yang menyokong mereka. Malah dua naib persiden parti itu, Datuk Peter Anthony terpalit dengan skandal menipu, demikian juga Junz Wong adalah seorang pembohong dan tukang fitnah.

Boleh kah pemimpin seperti Shafie, Peter, Junz serta Darell, dapat diharapkan untuk membela rakyat dan seterusnya negeri? Kata peribahasa, mana ada anjing tidak akan mencium tahi.

Kepada rakyat Sabah, Shafie sebenarnya sebelum dilantik ke jawatan Menteri KKLW, sudah mempunyai rekod mahu memusnahkan harapan rakyat Sabah, apabila pada tahun 1994 berpakat untuk menjual Yayasan Sabah kepada satu syarikat swasta, di mana beliau mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Cuba bayangkan, jika Yayasan Sabah berjaya dijual, bukan kah semua Kawasan konsesi balak milik Yayasan itu akan jadi milik Shafie!!!.

Kerana gagal menjual Yayasan Sabah, maka apabila dilantik ke jawatan KKLW yang membawahi berbagai agensi kerajaan seperti MARA, RISDA, maka beliau mengambil peluang seluas-luasnya. Sebab itu, wang MARA digunakan untuk membeli harta di Austarlia, yang mana harta itu dinaikkan harga 2 kali ganda. Wang RISDA sebesar RM15.5juta lesap begitu sahaja, dan individu yang berpakat dengan Shafie, kini hilang entah kemana.

Rakyat Sabah kena melihat betul-betul, bagaimana tidak amanahnya Shafie, apabila beliau meluluskan membina loji air di Semporna, di mana loji itu tidak berfungsi, kerana tujuan membina loji itu, bukanlah untuk tujuan menyelesaikan masalah air di Kawasan itu, akan tetapi, supaya syarikat milik kroni beliau mendapat projek yang dapat mendapat keuntungan yang cukup besar.

Lihat sahaja bagai mana glamournya anak saudara beliau Aziz Jamman, dari seorang yang tiada rekod kekayaan, kepada seorang yang jutawan.

Jumlah RM1.5bilion bukanlah sedikit, ianya RM1500juta, dan wang itu hanya berlegar-legar di tangan Shafie, Peter atau Aziz, dan beberapa individu lain termasuk adik beradik Shafie.

Kepada rakyat Sabah, kena sedar, menyokong Shafie, sama dengan memberi peluang kepada beliau dan pemimpin parti beliau merompak harta dan khazanah negeri Sabah.

Air liur Shafie mengalir apabila mengetahui, bahawa keluasan hutan Sabah kini adalah 1.8juta hektar, dan hutan itu adalah hutan yang berkayu dan siap untuk dibalak.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook