Latest News

Wednesday 21 February 2018

KENYATAAN ANIFAH AMAN DIPUTAR BELIT OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa yang diucapkan oleh Anifah adalah satu lagi bukti tentang Keangkuhan... Oleh FB Darell Leiking (screenshot)

Kenyataan Datuk Seri Anifah Aman seperti mana tular dalam video yang diedit, seolah-olah mendakwa bahawa Datuk Shafie Apdal adalah Pendatang Tanpa Izin (PTI).

Anifah hanya mengulas berkaitan perkataan WARISAN, kerana perkatan itu menunjukkan bahawa Sabah merupakan warisan nenek moyang para pemimpin parti Warisan Sabah. Dengan pengertian demikian, maka rakyat Sabah yang menyokong parti lain selain parti itu, maka tidak boleh mewarisi Sabah.

Sebenarnya kenyataan Anifah itu bukan mewakili parti Barisan Nasional, kerana kenyataan beliau itu berasaskan kedudukan beliau dalam MySabah. MySabah merupakan NGO yang dianggotai berbagai pihak termasuk pemimpin atau penyokong bukan parti Barisan Nasional.

Memang diakui kenyataan Menteri Luar itu bersifat rasis, namun ianya merupakan kenyataan peribadi beliau, bukannya pendirian Barisan Nasional.

Datuk Shafie Apdal memang telah menyatakan akan menyaman Anifah Aman secara individu, maka kita tunggulah saman itu, biarlah mahkamah menentukan, antara mereka berdua.

Sabah yang mempunyai rakyat majmuk, seharusnya setiap orang termasuk pemimpin mengelak daripada bercakap berkaitan suku bangsa dan agama, kerana inya boleh menghancurkan kerharmonian kaum.

Kita perlu menerima hakikat dalam pesta demokrasi, parti mana yang mendapat sokongan majoriti, maka parti itu lah yang menjadi pemenang. Apa yang dilihat dan disokong rakyat adalah perjuangan parti dan pemimpinnya dalam soal-soal membela hak-hak rakyat dan negeri. Semuanya itu, perlu berpaksi pada fakta dan bukti di lapangan, bukannya berasaskan kepada cakap-cakap dan janji-janji retorik.

Rakyat Sabah telah alami, sejak tahun 2009-2015, dana besar yang disalurkan menerusi KKLW yang diterajui Shafie, dinafikan untuk dinikmati rakyat, termasuk penyalahgunaan kuasa di Jabatan Air Sabah yang melibatkan dana KKLW sebesar RM3.3bilion, selain dana lain yang berjumlah RM1.5bilion daripada RM7.5bilion yang telah diselewengkan, belum lagi dana RISDA sebesar RM15.5juta yang telah digelapkan oleh pemimpin parti Warisan Sabah.

Anfiah hanya mengikatkan rakyat supaya jangan terperangkap dengan pemimpin yang melanun dana kerajaan untuk rakyat, seperti mana berlaku pada dana KKLW. Salah kah Anifah mengingatkan rakyat berkaitan tindakan melanun dana awam?
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook