Latest News

Tuesday 20 February 2018

MATLAMAT KEHADIRAN UMNO KE SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) PESANAN BUAT RAKYAT SABAH MENJELANG PRU14... Oleh FB Sepo l Sepoman (screenshot) (screenshot)

KEHADIRAN Umno ke Sabah, bukan suka-suka, seperti mana kehadiran parti PKR, DAP, Gerakan, MCA dan MIC. Kehadiran UMNO ke Sabah atas jemputan khas Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun pada tahun 1990.

Memanglah, pemuda parti Warisan Sabah, buta sejarah dan buta latar belakang berkaitan Umno masuk ke Sabah, sebab itu menulis dan membuat dakwaan seperti mana diviralkan oleh pengguna facebook tersebut.

Kemasukan Umno ke Sabah, sebenarnya hanya satu matlamat, menyatukan seluruh pemimpin bumiputera Sabah (islam mahupun bukan islam).

Menurut hemat Tun Mustapha, hanya menerusi penyatuan bumiputera sahaja, Sabah akan membangun dan maju. Tanpa penyatuan, maka Sabah akan ketinggalan jauh.

Pengelaman Sabah, yang diperintah berasaskan satu parti, tidak pernah berjaya memajukan Sabah, malah kestabilan politik sentiasa bergolak, sebab itu, sebelum tahun 1994, setiap 9 tahun, kerajaan Sabah bertukar.

Hanya menerusi kehadiran Umno sebagai parti tunjang, maka kerajaan Sabah kekal daripada tahun 1994 sehingga kini.

Sebagai impak kepada kestabilan politik, maka pembangunan dan kemajuan Sabah berada pada landasan betul, kecuali beberapa kemudahan asas seperti bekalan air bersih luar bandar (BALB), bekalan elektrik luar bandar (BELB), jalan raya luar bandar (JRLB), jalan-jalan kampung di mana peruntukan untuk itu disalurkan menerusi KKLW sebanyak RM7.5bilion semasa Datuk Shafie Apdal sebagai menteri, tidak sampai kepada rakyat, kerana dana itu digunakan untuk memperkaya kroni-kroni beliau. Kini, SPRM sedang menjalankan siasatan berkaitan dana RM1.5bilion daripada dana KKLW itu, dan siasatan itu melibatkan Presiden parti Warisan Sabah itu.

Telah 24 tahun kerajaan Sabah yang diterajui Umno memerintah, dan kebetulan Shafie terlibat selama 22 tahun.

Kepada Exco Wira Warisan Sabah itu, cuba tanya kepada Presiden beliau, mengapa boleh bertahan dalam Umno sehingga menduduki jawatan Naib Presiden? Kalaulah, Shafie tidak digantung daripada Umno (menunju pemecatan), kemungkin besar, beliau masih dalam Umno dan mempertahankan parti itu, kerana parti itulah yang telah mengangkat martabat beliau, sehinggakan menjadi pemimpin nasional.

Shafie hanya sebagai pegawai kerajaan lain.Kalau bukan kerana Umno, beliau akan berakhir sebagai pesara pegawai kerajaan seperti mana persara-pesara yang lain.

Memang Umno dari segi akronimnya membawa perkataan melayu. Namun, itu hanyalah sebuah nama, seperti mana parti Warisan Sabah, yang juga merupakan sebuah parti.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook