KARENA kehadiran parti UMNO ke Sabah, bukan sahaja ramai pemimpin negeri
dilantik ke peringkat Persekutuan, akan tetapi juga ramai penjawat awam
negeri ini dilantik mengetuai agensi-agensi atau jabatan Persekutuan.
Apa
yang sangat ketara, sejak parti itu menjadi tunjang kepada kerajaan
negeri, bukan sahaja kestabilan politik dapat diwujudkan, akan tetapi
juga pembangunan dan kemajuan negeri berjalan pada landasan betul.
Tan
Sri Musa Aman bersama para pemimpin lain termasuk para pemimpin parti
komponen Bn, telah Berjaya menterjemahkan amanah yang diberikan oleh
rakyat, membangun dan memajukan negeri, baik daripada segi fizikal akan
tetapi juga pendapatan.
Kehadiran Umno telah melahirkan berbagai pemimpin yang mempunyai komitmen dan komited terhadap negeri dan rakyatnya.
Kadar
kemiskinan negeri menurun dengan drastiknya. Pada tahun 2016 kadar
kemiskinan adalah 2.9% berbanding pada tahun 2009 19.7%.
Simpanan kewangan negeri pada tahun 2017 berjumlah RM3.74bilion, berbanding RM184juta pada tahun 2003.
Keluasan hutan simpan pada tahun 2017 adalah 1.8juta hektar berbanding tahun 2002 0.838juta hektar.
Adalah
merugikan, jika parti yang memberi jasa dan membela rakyat Sabah,
digantikan dengan parti yang tiada rekod dan tidak teruji. Apa yang
lebih malang lagi, parti yang mahu menggantikan Umno, adalah parti yang
dipimpin oleh mantan pemimpin parti yang mengkhianati parti, apabila
amanah yang diberikan parti dan rakyat gagal dilaksanakan.
Sayogianya,
seluruh ahli parti dan juga rakyat yang pernah memberi amanah kepada
pimpin itu perlu marah, dan kemarahan itu perlu diterjemahkan kepada
sifar undi kepada parti itu termasuk pemimpinnya pada PRU-14.
0 comments:
Post a Comment