Latest News

Tuesday 13 February 2018

PERKARA 8 MA63-JANGAN KELIRUKAN RAKYAT: TEO CHEE KANG


DAKWAAN Timbalan Presiden parti Warisan Sabah- Darell Leiking berkaitan Perkara 8 dalam MA63, hanya mengelirukan rakyat, demikin menurut Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dakwaan MP Penampang itu, berasaskan Perkara 8, kononnya ianya boleh dilaksanankan sepihak, yakni menerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sedangkan pengertiannya bukanlah demikian. Kenyataan Darell itu, menunjukkan bahawa MP Penampang itu kurang pemahaman berkaitan konsep persekutuan.

Menurut Teo, Perkara 8 dalam MA63, adalah jika terdapat apa-apa cadangan dalam Laporan Jawatan Kuasa Antara Kerajaan (IGC) yang tidak dimasukkan secara nyata ke dalam Perlembagaan Persekutuan, semua pihak yang terlibat dengan perjanjian itu akan mengambil langkah-langkah perundangan atau tindakan lain untuk memberi kesan yang sama.

Menerusi pengertian itu, tentunya tidak bermakna Dewan Undangan Negeri secara sepihak boleh meluluskan undsang-undang untuk memberi kesan kepada sesuatu yang memerlukan dua pihak. Sebagai contoh menurut Teo, sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, geran khas “hendaklah… disemak semula oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri-Negeri atau Negeri berkenaan”. Semakan semula hanya boleh dilakukan melalui mesyuarat/persetujuan dua hala dengan mengambil kira kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan serta keperluan Negeri.

Kalau menurut Timbalan Presiden parti Warisan Sabah itu, Perkara 8, boleh sahaja DUN Sabah meluluskan enakmen untuk mengenakan Kerajaan Persekutuan kewajiban membayar geran khas sebanyak RM2bilion setahun, sedangkan enakmen itu tidak akan dapat direalisasikan, kerana sebarang enakman seumpama itu hendaklah terlebih dahulu dipersetujui ke belah pihak.

Darell sebenarnya hanya mahu mengelirukan rakyat untuk tujuan politik, memandangkan latar belakang beliau sebagai pengamal undang-undang, sudah tentu faham mengenai Perkara 8 dalam MA63.

Kalau iapun sebagai pemimpin pembangkang, jangan lah mengelirukan rakyat, semata-mata untuk mendapat sokongan politik.

Para pemimpin Sabah sudah membuat pendekatan dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya berkaitan kelayakan 40% pendapatan Persekutuan daripada Sabah, Menteri Tugas-Tugas itu yakin, perbincangan mengenainya akan membuahkan hasil.

Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah berulang kali menyatakan, jika ada hak-hak Sabah dan Sarawak yang terambil dengan tidak sengaja, maka akan dipulangkan kepada Negeri-Negeri itu untuk faedah rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook