MEREKA berkempen agar rakyat jangan menonton TV3 atau RTM dan jangan
membaca surat khabar arus Perdana, kerana menurut mereka, media-media
itu membawa mesej atau propaganda kerajaan Bn mempengaruhi minda rakyat,
sebaliknya mereka menggalakkan rakyat mendapat berita atau maklumat
daripada portal-portal on line atau real time, kerana menurut mereka
portal-portal sedemikian menyiarkan atau melaporkan berita-berita atau
maklumat seimbang.
Selain itu, mereka meminta rakyat jangan hadir
pada ceramah-ceramah Bn, kerana ceramah-ceramah itu tiada sesuatu yang
baharu, kecuali membidas pembangkang.
Mengundi Bn bermakna mengundi harga barang naik, mengekalkan GST, mengekalkan perompak dan penyanggak.
Mengundi Bn, maka membolehkan kerajaan itu melaksanakan polisi-polisi tidak populis, seperti pelaksanaan GST selepas PRU-13.
Apabila
kerajaan baru mengambil alih, maka tindakan populis akan diambil oleh
kerajaan baharu seperti pemansuhan GST, menyediakan air percuma.
Mengundi Pakatan Harapan, maka berakhirlah tempoh masa jawatan Perdana Menteri yang tiada had, kepada dua penggal.
Sejauh mana kempen mereka itu dapat mempengaruhi rakyat? Sejauh mana portal berita on line www.sebenarnya.my
melawan kempen seumpama itu. Memang diakui, sejak dilancarkan portal
yang disediakan agensi kerajaan itu telah mendapat hits 15juta. Apa kah
hits itu memggambarkan jumlah sebenar pengundi yang juga berjumlah
15juta, atau jumlah hits itu daripada pelayar yang berulang?
Melihat
cara penyokong Tun Dr Mahathir dan kawan-kawan berkempen, maka pihak
kerajaan perlu menyedia cara, agar kempen itu tidak berjaya.
0 comments:
Post a Comment