SEDAR kah anda, factor apa yang menyebabkan Kelantan terlepas daripada
parti Bn pada tahun 1990? Penyebabnya adalah kebencian. Kemudiannya,
factor kebencian itu membesar sehinggakan Selangor, Pulau Pinang, Kedah
dan Perak terlepas daripada kerajaan Bn pada tahun 2008.
Parti
yang memerintah Selangor, Pulau Pinang Berjaya mempertahankan factor
kebencian, sebab itu pada PRU-13, Bn kalah teruk di dua buah negeri itu.
Manakala di Kedah, kerana pemimpin kerajaan masa itu, tidak
menanam kebencian sebagai asas mempertahankan kerajaan, maka factor itu
tidak melekat pada hati rakyat, kerana itu lah pada PRU-13, Kedah
kembali ke pangkuan Bn.
Di Kelantan pula, meskipun kebencian
bukan lagi asas pemerintahan negeri itu, akan tetapi rakyat pula sudah
sebati dengan kerajaan negeri, kerana rakyat merasa, samada di perintah
Bn atau Pas, tindakan kerajaan tetap akan sama. Bagi rakyat Kelantan,
menggantikan kerajaan, tidak menukar hala tuju pemerintahan, melainkan
hanya menggantikan para pemimpin.
Kalau dilihat secara
keseluruhan, kehilangan kuasa 2/3 Bn pada PRU 2008, dan seterusnya
kehilangan undi popular pada PRU 2013, kerana factor kebencian Berjaya
ditanam oleh parti-parti seperti DAP, PKR, kemudian dibantu oleh NGO
seperti BERSIH, Hindraf menerusi berita palsu, fitnah dan cerita-cerita
bohong.
Melihat kepada kuatnya factor kebencian mempengaruhi
rakyat, maka factor itu diteruskan, dan mengarahkan factor kebencian
kepada Perdana Menteri. Isu 1MDB, isu Felda, isu GST, isu harga barang
meningkat digunakan bagi memupuk kebencian.
Tun Dr Mahathir,
Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan para pemimpin parti-parti
mereka di semua peringkat, mempergunakan istilah PEROMPAK, PENYANGGAK,
terhadap Dato Seri Najib Razak, sebagai wadah untuk meningkatkan
kebencian kepada Perdana Menteri dan parti yang beliau pimpin.
Kempen
parti-parti yang melawan Bn kini, terfokus kepada factor kebencian,
kerana hanya factor itu yang boleh menarik sokongan rakyat. Mereka tidak
berbicara berkaitan politik pembanguan dan kemajuan, kerana mereka
tahu, meraka tiada rekod mengenainya.
Cara pemimpin parti lawan
melawan Bn, cukup mudah, iaitu menjadikan tindakan-tindakan atau polisi
kerajaan sebagai factor kekuatan, menerusi memutar belit factor-faktor
itu.
Kewujudan 1MDB, GST dijadikan factor kekuatan bagi parti-parti yang melawan Bn. Mereka mengunapakai istilah SENJATA MAKAN TUAN.
Jika
dahulu, mereka ini, suka sangat memergunakan factor rasuah, kini, isu
rasuah mereka sudah ketepikan, kerana ramai sungguh pemimpin mereka
terlibat rasuah, malah kerajaan Selangor pimpinan Dato Azmin Ali, alergi
terhadap Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM.
PRU-14, akan
terlihat sejauh mana factor kebencian mepengaruhi pengundi? Kerana hanya
itulah sandaran para pemimpin seperti Tun Dr Mahathir.
0 comments:
Post a Comment