Latest News

Wednesday 7 February 2018

PRU-14: KAJIAN RAMBANG KEBERKESANAN KERAJAAN


SOALAN yang ditanya, semacam satu pemaksaan terhadap seseorang yang dipanggil, samada bersetuju ataupun tidak. Mungkin berasaskan data yang dikumpul, akan menentukan, seorang wakil rakyat itu dikekalkan atau pun tidak.

Akan tetapi jika kajian rambang itu digunapakai sebagai penanda aras menentukan apa kah wakil rakyat yang sedia ada dikekalkan atau pun tidak, tidak menggambarkan kedudukan sebenar, kerana soalan yang dilontarkan tidak menyeluruh akan tetapi hanya bersifat persepsi, sedangkan penentu apa kah wakil rakyat yang bakal dicalonkan semula boleh menang atau tidak bukan sahaja terletak kepada projek-projek atau kemajuan yang di bawah seseorang wakil rakyat itu di kawasan beliau, akan tetapi juga bergantung kepada pendekatan wakil rakyat itu terhadap rakyat yang diwakili.

Sentuhan peribadi seseorang calon sebenarnya menyumbang 50% kepada kemenangan dalam pilihan raya, kemudian diikuti parti dan faktor-faktor lain. Sebab itu, kita dapati, pak lebai dengan motor kapcai boleh mengalahkan calon yang mempunyai jawatan dalam kerajaan, mempunyai kuasa, banyak membawa projek-projek atau pembangunan/kemajuan, kerana faktor sentuhan peribadi.

Kerana kuatnya faktor sentuhan peribadi, maka Tan Sri Musa Aman sebagai Pengerusi Bn Sabah merangkap Ketua Menteri, sejak 5 tahun lalu, sangat menitik beratkan faktor turun padang bagi setiap wakil rakyat Bn, kerana menerusi tindakan itu, sentuhan peribadi setiap wakil rakyat kepada rakyat yang diwakili akan terbentuk atau terjalin.

Memang benar, kalau dilihat daripada projek-projek yang di bawa kerajaan, akan dinilai keberkesanaannya, namun, apa yang berlaku terhadap projek-projek kerajaan yang bersifat gajah putih? Siapa yang dipersalahkan? Nah, menerusi sentuhan peribadi seseorang wakil rakyat, maka rakyat yang diwakili tidak mudah dipesongkan apabila ada pihak yang mempolitikkan projek-projek gajah putih tersebut.

Adalah diharapkan, apabila pucuk pimpinan Bn menentukan calon-calon bagi PRU-14, sentuhan peribadi calon diberi markah 50% sebagai asas seseorang itu untuk dipilih, kerana melalui cara demikian, sekurang-kurang sebelah kaki sudah berada pada kedudukan menang. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook