Campur tangan itu berupa, jika PH tewas, maka mengharapkan pihak luar
akan campur tangan mempersoalkan keputusan itu dengan berbagai dakwaan,
seterusnya tidak mengiktiraf keputusan itu.
Adalah sungguh pelik,
sebab yang mengetuai permintaan campur tangan itu adalah Tun Dr
Mahathir. Pemimpin yang sama selama 22 tahun sangat menentang campur
tangan pihak luar dalam urusan pemerintahan atau urusan politik dalam
negara.
Jika mantan Perdana Menteri itu mempersoalkan Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) negara ini, sedangkan badan itu lah yang diguna pakai
selama 22 tahun beliau memerintah. Sistem yang digunakan, malah kini
ditambah baik dengan penggunaan dakwat kekal.
Melihat cara SPR
mengendalikan pilihanraya, di mana masing-masing parti yang bertanding
mempunyai wakil (polling agents), mempunyai wakil sebagai pengira undi,
selain dakwat kekal, maka dakwaan penipuan, memang sukar diterima.
Jika benarlah, SPR adalah agen kerajaan untuk menang, mana mungkin parti pembangkang boleh menang!!!.
Di Malaysia sahaja berlaku, bahawa SPR yang kononnya dikuasai kerajaan, akan tetapi menyebabkan parti kerajaan kalah.
PH
sebenarnya dalam keadaan terdesak, kerana, walaupun beragai tipu helah,
berbagai dakwaan fitnah dan berita palsu (fake news), namun tidak juga
mendapat sambutan daripada rakyat.
Menajuahnya parti Pas daripada
pakatan 4 parti itu (DAP-PKR-Amanah-PPBM), maka semakin jauhlah harapan
mereka menakluki Putrajaya.
Memang disedari oleh pemimpin DAP,
PKR, bahawa kemenangan banyak kerusi pada dua PRU lalu, kerana sokongan
solid penyokong dan ahli Pas, namun pada kali ini, keadaan demikian
tidak berlaku lagi.
Pas juga sebenarnya menyedari, bahawa
kemengan calon-calon parti itu di kawasan campuran pada dua PRU lalu,
kerana sokongan pengundi kaum cina, namun pada kali ini (PRU-14), parti
itu hanya mengharapkan sokongan kaum melayu.
Pada PRU-14, tumpuan
utama adalah kaum melayu. Sejauh mana kaum itu berpecah. Nisbah
sokongan kaum itu terhadap parti-parti yang bertanding menentukan, parti
mana yang menang. Sejauh mana Tun Dr Mahathir dapat menarik sokongan
kaum melayu, demikian juga sejauh mana Mat Sabu dapat menarik penyokong
Pas.
Melihat kepada scenario semasa, khususnya semasa
Perhimpunan PPBM, Nampak gayanya, mantan Perdana Menteri itu tidak dapat
sokongan yang signifikan daripada kaum melayu. Oleh kerana sokongan
kaum melayu terhadap PPBM tidak lah sekuat seperti mana diharapkan oleh
pemimpin parti itu, maka Tun Dr Mahathir menuduh parti Pas, sebagai agen
kepada Bn/Umno. Mengapa dakwaan itu timbul? Sebabnya mantan PM itu
tahu, bahawa parti beliau tidak dapat mencontohi sokongan kaum melayu,
sepertimana semasa Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai Pas semasa PRU
2008 dan PRU 2013.
Di Sabah misalnya, mantan PM itu mengakui,
tanpa kerjasama atau kolaborasi dengan parti Warisan Sabah, maka PH atau
parti pimpinan Datuk Shafie Apdal dengan mudah ditewaskan.
Tun
Dr Mahathir memang sedar dengan sedar-sedarnya, bahawa PRU-14 masih
dimenangi Bn, sebab itu, beliau menimbulkan berbagai persepsi termasuk
meminta pihak luar menghantar pemanatu pada PRU-14, sebagai pengadil
kepada pilihan raya itu.
0 comments:
Post a Comment