Latest News

Tuesday 13 February 2018

PRU-14 SABAH: FAKTOR KEMENANGAN PARTI DAN CALON - MANA LEBIH BERPENGARUH ?


Berdepan dengan PRU-14 Sabah, pihak mana yang bakal menang adalah kombinasi antara parti dan calon, malah dikatakan nisbahnya adalah 50:50. Dengan kedudukan yang demikian, mana-mana parti yang dapat mengemukan calon yang mempunyai kapasiti mendapat sokongan 50%, maka parti itulah yang menang pada sesebuah Kawasan.

Pengundi Sabah pada PRU-14 seramai 1.104juta. Jumlah itu yang bakal menentukan parti mana yang menerintah negeri selepas itu.

Daripada jumlah pengundi itu, 500 ribu adalah ahli Umno, manakala 300 ribu adalah ahli-ahli parti komponen Bn Sabah. Di atas kertas, jika semua ahli parti komponen mengundi, tiada sebab parti Bn akan tewas.

Data PRU-13, jumlah undi yang diperolehi Bn Sabah merupakan 80% daripada keseluruhan ahli-ahli parti dalam gabungan 13 parti itu. Jika pada PRU-14, trend itu sama, maka undi yang bakal memilih Bn seramai 640ribu. Jika peratusan yang turun mengundi adalah 80%, maka jumlah pengundi yang mengundi seramai 800ribu. Dengan mengambil kira pengundi yang memilih Bn seramai 640ribu, maka selepas PRU-14, Bn Sabah akan meneruskan kerajaan.

Kepada parti pembangkang, tidak mudah mempengaruhi ahli-ahli parti-parti Bn, walaupun ada segelintir daripada mereka itu terpengaruh, namun tidak lah sampai boleh menumpaskan komponen 13 parti itu.

Kehadiran parti-parti seperti parti Warisan Sabah, PH dan parti dalam GS, hanya merupakan pesaing dalam pesta demokrasi.

Hakikat yang perlu diingat, bahawa dalam pilihan raya, suara majoritilah yang bakal menang, bukannya suara para individu yang syiok sendiri dengan fitnah, berita palsu dan cerita-cerita bohong.

Mereka yang syiok dengan cerita-cerita fitnah, berita palsu dan bohong hanya berlegar-legar di alam maya, akan tetapi tidak berpijak di bumi nyata, kata peribahasa betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul, ertinya, betapa syioknya mereka itu menabur fitnah di alam maya, rakyat di Kawasan masing-masing tahu menilai mana batu dan mana intan.

Sebab itu, pemenang dalam pilihan raya ditentukan oleh calon dan parti, kerana calon dan parti menguasai Pusat Daerah Mengundi (PDM), bukannya pemitnah di alam maya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook