Latest News

Wednesday 21 February 2018

PRU-14 SABAH: KEKUATAN PEMBANGKANG IBARAT INDAH KHABAR DARIPADA RUPA


JIKA diamati diamati, mereka yang menguar-uarkan bahawa pembangkang Sabah mempunyai peluang untuk menumpaskan Bn pada PRU-14 yang hanya tinggal menghitung hari, hanya berlegar-legar pada yang itu-itu juga seolah-olah para individu antara 10-20 orang itu mempunyai kekuatan luar biasa kerana mampu menyelemai hati nurani 1.104juta pengudi Sabah.

Perbuatan mereka itu, ibarat indah khabar daripada rupa.

Sabah yang mempunyai 60 kawasan Dun dan 25 Parlimen daripada Kudat ke Kalabakan, di mana Bn mempunyai 47 ADUN dan 21 ahli parlimen, seolah-olah dinafikan keupayaan mereka berbanding wira-wira pembangkang di media sosial yang berlegar-legar pada jumlah yang disebutkan di atas.

Penulis mengamati, penyokong pembangkang yang hanya menjadi hero di media sosial, hanya berlegar-legar pada yang itu-itu juga. Boleh dikatakan, setiap 15-30 minit mereka memuat naik berbagai dakwaan, sudah tentunya dakwaan putar belit, berunsur fitnah, malah cerita-cerita bohong.

Oleh kerana mereka ini mengkhususkan diri memuat naik berbagai tomahan di media sosial, termasuk mengali sampah saraf di internet, termasuklah dakwaan pembunuhan karakter seseorang pemimpin dengan berbagai dakwaan, termasuk membangkitkan asal usul seseorang pemimpin.

Di Singapura semasa pilihanraya negera itu pada tahun 2015, kalau melihat bagaimana hebatnya kekuatan pembangkang di media sosial, seakan-akan, parti PAP akan kehilangan banyak kerusi, namun pada pilihanraya sebenar, bukan sahaja menang besar, akan tetapi hampir menyapu bersih kerusi-kerusi pembangkang.

Pada PRN Sarawak tahun 2016, kalau dilihat daripada paparan di media sosial atau akhbar-akhbar, dapat disimpulkan, bahawa Bn Sarawak akan kehilangan banyak kerusi, namun pada pilihanraya sebenar, Bn menang besar, dan parti pembangkang tidak dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi pada pilihanraya sebelumnya.

Memang diakui, peranan media sosial berimpak pada PRU 2008 dan 2013, namun kini, impak media sosial pada PRU-14 tidak akan berimpak besar seperti mana pada dua PRU itu, kerana cara Bn sudah bertukar.

Penumpuan kepada kekuatan jentera di lapangan, ditambah dengan acara turun padang, selain penguasan di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM), menjadikan Bn mempunyai kelebihan di lapangan.

Dalam pilihanraya, kemenangan akan ditentukan kekuatan di lapangan atau peringkat akar umbi, dan sudah tentunya kekuatan itu terletak pada kekuatan jentera.

Bn sejak lima tahun lalu, telah memerkuat jentera dan memastikan setiap PDM dikuasai sepenuhnya, sehinggakan “head count” pengundi dapat dikategorikan antara PUTIH, KELABU dan HITAM.

Gerak kerja Bn, bukan berasaskan kepada persepsi atau ilusi akan tetapi berpaksi kepada fakta angka sebenar, berlain dengan pembangkang, yang bersifat kiraan atas angin, dan menghitung anak ayam sebelum telur menetas.

Kiraan atas angin, tidak akan kemana-mana, kata peribahasa, hanya menang sorak, tetapi kampung tergadai dan seterusnya apa yang mereka rasakan itu, hanya indah khabar daripada rupa.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook