Latest News

Wednesday 28 February 2018

PRU-14 SABAH: PARTI KDM BN BEKERJA SEPASUKKAN-KHABAR BURUK BUAT PEMBANGKANG


Pengalaman parti komponen Bn berasaskan KDM pada PRU-13 lalu dijadikan asas untuk membentuk pasukan kuat pada PRU-14.

Kurangnya koordinasi antara parti-parti itu, selain sifat seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan berlakunya seperti ketam dalam baldi telah dikenal pasti sebagai penyebab beberapa kawasan yang ditandangi parti berasaskan KDM ditawan parti lawan, malah beberapa kawasan yang dimenangi kerana pertembungan berbagai penjuru, termasuklah di kawasan yang ditandingi Tan Sri Pairin Kitingan. Malah, yang cukup malang, Presiden UPKO tewas di pada PRU tersebut.

Semalam, parti komponen KDM PBS, UPKO dan PBRS berjanji bekerja sebagai satu pasukan bersama-sama parti-parti lain khususnya Umno untuk memastikan satu suara pada PRU-14. Menerusi kerja berpasukan, maka keadaan PRU 2004 dan 2008 akan berulang.

Jika kerja sepasukkan berterusan sehingga ke pembuangan undi, tiada sebab parti lawan boleh menang.

PRU-14 memang sebuah pilihanraya yang amat sengit, hanya menerusi kerja berpasukan, mengutamakan perjuangan dan parti dengan mengabaikan matlamat peribadi, menjamin kemenangan.

Jika semua pihak menerima, bahawa keutamaan adalah perjuangan dan parti, tanpa memikirkan siapa calon, maka sebelah kaki sudah diambang kemenangan sebelum pengiraan undi.

Sebarang sengketa jika ada, perlu dibuang ke tepi, dibuang jauh-jauh, dan perlu mengutamakan parti. Adalah sungguh pahit, jika kuasa dan peluang ditangan terlepas, kerana perbuatan sendiri.

Kepada rakyat Sabah, kena akur, adalah lebih baik mengenggam seekor burung di tangan, berbanding menggapai burung di langit yang sedang berterbangan. Jangan sama sekali terpengaruh dengan bunyi guruh disangka hujan akan turun, lalu air di tempayan dicurahkan. Berjuang terus, biar putih tulang, jangan putih mata.

Bersatunya parti-parti komponen BN berasaskan KDM, merupakan khabar buruk bagi parti lawan seperti STAR dan PCS., termasuklah parti-parti dalam PH. Parti Umno akan terus menjadi tunjang kepada kerajaan, walaupun Shafie sebagai mantan Naib Presiden meninggalkan parti itu, kerana tarbiah ahli Umno, sungguh mudah, pemimpin hilang berganti, perjuangan dahulu, kini dan selamanya tetap dijunjung.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook