Latest News

Friday 2 February 2018

PRU-14 SABAH: PARTI PEMBANGKANG GUNA POLITIK KEBENCIAN


Dakwaan bahawa pemimpin Sabah hanya ikut telunjuk pemimpin Kuala Lumpur, Sabah tiada autonomi, Sabah kehilangan hak menentukan hala tuju negeri, hak-hak Sabah dirampas, merupakan politik kebencian yang ditujukan kepada para pemimpin Umno, kerana Umno merupakan parti tunjang kerajaan negeri.


Kenyataan Datuk Shafie, dengan mengambil contoh Kerajaan Sarawak yang diperintah parti tempatan, dan beliau meminta rakyat Sabah menyokong parti Warisan Sabah pada PRU-14 untuk menghalau keluar parti-parti yang berdaftar di Semenanjung khususnya parti Umno.

Hakikatnya, apabila terdedah kenyataan Tun Dr Mahathir, selain kenyataan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan, bahawa parti-parti itu bersetuju agar parti Warisan Sabah mengetuai barisan pembangkang Sabah pada PRU-14, menunjukkan, bahawa kenyataan Shafie mahu menghalau keluar parti-parti yang berdaftar di Semenanjung, hanya kenyataan retorik.

Kenyataan-kenyataan Shafie mahu mencontohi kerajaan Sarawak, hanya merupakan kenyataan-kenyataan mengaburi mata rakyat, khususnya pengundi KDM.

Pengundi KDM, memang mempunyai sejarah suka kepada politik kebencian, sebab itu, parti seperti Usno, Berjaya tewas di Sabah. 

Para pemimpin parti Warisan Sabah membangkitkan semula semangat bagaimana Usno dan Berjaya ditewaskan. Sedar atau tidak, tindakan Shafie itu mahu membangkitkan kebencian terhadap para pemimpin Semenanjung. Tindakan Shafie itu disokong oleh kenyataan beliau berkaitan mengelibatkan Pasukan Sukarelawan (RELA) di ESSZONE, kerana Jabatan itu dinaungi Kementerian Dalam Negeri, di mana Menterinya adalah Datuk Seri Zahid Hamidi.

Apa kah politik kebencian yang di bawa Datuk Shafie dapat mengatasi politik pembangunan yang di bawa parti BN? Apa kah politik kebencian lebih diutamakan oleh rakyat Sabah berbanding kemajuan?

Rakyat yang rasional, sudah tentunya mengharapkan kemajuan, kerana memilih politik kebencian tidak akan membawa Sabah dan rakyatnya maju. 

Rakyat Sabah kena sedar, pendekatan kerajaan Bn, adalah pendekatan pembangunan, pendekatan mensejahterakan rakyat, pendekatan yang mahukan rakyat beritegrasi, pendekatan menjadikan kepelbagaian sebagai satu kekuatan. Pendekatan Bn ini, berbeza dengan pendekatan parti pembangkang yang menggalakan polarisasi, menggalakan kebencian. Oleh kerana pendekatan politik benci, maka para pemimpin mereka suka sangat mengapi-apikan perbezaan antara masyarakat majumk dalam negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook