Latest News

Tuesday 27 February 2018

PRU-14 SABAH: SEPANGGAR PERLU PEMIMPIN DINAMIK

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Di Kota Belud dia perkenalkan... Oleh FB Mohd Azis Bin Haji Jamman (screenshot)

KAWASAN Sepanggar merupakan kawasan unik, selain termasuk dalam kawasan Perbandaran Kota Kinabalu, juga merupakan kawasan pendidikan, kawasan industri, kawasan terletaknya penjana eltrik swasta (IPP),  kawasan di mana Pangkalan Tentara Laut berlokasi, kawasan di di mana terletaknya Pelabuhan Sepanggar, selain tempat kediaman para elit.

Sepanggar seperti mana kawasan bandar lain, merupakan himpunan penduduk yang berasal daripada luar bandar, namun berhijrah ke kota.  Dalam konsep urbanisasi, setiap penduduk yang berpindah ke bandar, sudah meninggalkan tradisi lama, seperti petani, nelayan, pekebun atau penoreh, melainkan beralih kepada sektor perkhidmatan, samaada perkhidmatan profisional mahupun perkhidmatan peruncitan, seperti peniaga di kompleks-kompleks beli belah dan sebagainya,

Transformasi yang berlaku di Sepanggar, menjadikan kawasan itu cerminan kepada kawasan perbandaran, kerana di kawasan itu terletaknya 1Borneo Mall, Grand Merdeka Mall di Telipok, selain taman-taman perumahan daripada perumahan rakyat kepada perumahan mewah.

Keperluan berbagai latar belakang penduduk kawasan itu memerlukan seseorang pemimpin yang dinamik, mempunyai pengetahuan “know how” berkaitan perbandaran. Selain seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai hala tuju pembangunan negara.

Pembangunan kawasan seperti Sepanggar memerlukan kerjasama, antara tiga pihak, kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan Persekutuan.  Bagi menghubungkan tiga pihak itu, maka pemimpin yang dinamik dan berpengetahuan diperlukan.

Terdengar ura-ura, bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri- Dato Seri Rahman Dahalan akan dicadangkan bertanding di kawasan itu. Cadangan itu, memang tepat pada masanya, kerana pemimpin seperti Rahman adalah paling tepat mewakili kawasan yang unik seperti Sepanggar.

Dato Rahman seperti pengakuan beliau, seolah-olah seperti baju “free size” akan “fit” di mana-mana beliau diperlukan.  Semasa dipilih sebagai calon Bn bagi parlimen Kota Belud pada PRU 2008, beliau tidak dikenali di kawasan itu, namun selama dua penggal menjadi wakil rakyat kawasan itu, beliau telah melonjakkan pembangunan Kota Belud, walaupun pembangunan itu bukanlah 100 peratus menyempurakan keperluan rakyat Kota Belud, memandangkan kawasan itu cukup luas, seluas Negeri Perlis.

Masalah Bekalan Air Berish (BALB) telah diatasi, sejak tahun 2017, sedangkan masalah itu telah menghantui penduduk Kota Belud berdekad lamanya.

Selama dua penggal sebagai MP Kota Belud, Rahman telah melaksanakan projek perumahan rakyat sebanyak 100o unit,  Pembinaan Dataran Kota Belud, Bazar Kota Belud, Jalan Lencongan-Pekan, Pengurusan sisa pepejal di Pulau Mantanai,  menaik taraf balai bomba,  selain menaik taraf berbagai jalan raya di kawasan Usukan, Tempasuk dan Kedamaian. Selain daripada itu, beliau juga membawa pembinaa sebuah politeknik di kampung Kesapang Kota Belud.

Membangun dan memajukan kawasan seperti Kota Belud, memang “straight forward” kerana kawasan itu adalah kawasan luar bandar, dan sudah tentunya keperluan rakyat berkaitan dengan kemudahan-kemudahan asas, berbeza dengan keperluan kawasan seperti Sepanggar, yang sudah merupakan kawasan bandar.
Memang jika dirujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, beliau ingin kekal di Kota Belud, namun atas pertimbangan strategi politik, maka beliau akur dengan pilihan pucuk pimpinan.

Sebenarnya pemimpin Bn cukup tahu berkaitan pemilihan pemimpin untuk mewakili sesebuah kawasan, kerana setiap pemimpin mempunyai keistimewaan.  Jika Rahman meninggalkan Kota Belud, maka pemimpin yang mengambil tempat beliau adalah seorang pemimpin hebat Kota Belud, yang juga mempunyai perancangan untuk membangun dan memajukan Kota Belud ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Sebenarnya, demikianlah cara parti Barisan Nasional bekerja, saling melengkapi dan tahu menempatkan setiap pemimpin di tempat yang sesuai.

Bagi Bn, di mana sahaja seseorang pemimpin di letakkan, hanya satu matalamat, iaitu memajukan kawasan-kawasan negeri yang masih memerlukan pembangunan dan kemajuan. Kawasan bertanding dalam pilihanraya, hanya sebagai faktor menjadikan seseorang itu wakil rakyat, dan menerusi kedudukan itu boleh dilantik ke jawatan Menteri, untuk berkhidmat kepada rakyat seluruh negara, dan sudah tentunya kawasan yang beliau wakili.

Kepada Ketua Wira parti Warisan Sabah- Datuk Aziz Jamman, cemburu kah cara Bn bekerja? Bn bukan berasaskan janji-janji bulan bintang, bukan berjanji retorik, dan bukan bercakap membangkit kebencian rakyat, akan tetapi memberikan keperluan rakyat.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook