Latest News

Sunday 11 February 2018

PRU-14 SABAH: TIDAK MALU KAH SHAFIE UCAP “MEMBAWA PERJUANGAN RAKYAT”


TIDAK malu kah Datuk Shafie Apdal menjadikan PERJUANGAN RAKYAT sebagai misi parti Warisan Sabah? Sedangkan beliau terpalit dengan menyalah gunakan amanah rakyat.

Beliau sedang disiasat oleh SPRM kerana penyalah gunaan dana RM7.5bilion KKLW daripada tahun 2009-2015 yang mana RM1.5bilion daripadanya telah diselewengkan.

Tidak malu kah Shafie mempergunakan PERJUANGAN RAKYAT, apabila duit rakyat menerusi RISDA agensi di bawah KKLW kehilangan RM15.5juta apabila agensi itu tertipu oleh beberapa individu, yang salah seorang individu yang menipu itu telah lari ke luar negara.

Tidak segan kah Shafie menggunakan istilah PERJUANGAN RAKYAT, sedangkan duit MARA (Majlis Amanah Rakyat) digunakan membeli apatmen di Australia, yang dikatakan harga dinaikan 2 kali ganda.

Tidak malu kah Shafie mempergunakan PERJUANGAN RAKYAT, sedangkan pembinaan kemudahan asas rakyat luar bandar Sabah, seperti bekalan air bersih (BALB) yang bernilai RM3.3bilion di mana dana sebesar itu disalurkan menerusi KKLW semasa beliau menerajui kementerian itu sebahagian besarnya telah diselewengkan, sehinggakan beberapa pegawai kanan Jabatan Air Sabah termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah dan mantan Timbalan Pengarah menunggu dibicarakan berkaitan penyelewengan dana itu.

Kalau lah Shafie mempunyai misi memperjuangkan rakyat, beliau telah diberi masa selama 22 tahun, dan diberi kuasa serta kedudukan yang membolehkan beliau membela rakyat, namun Kawasan beliau sendiri Semporna tidak beliau majukan. Pendek kata, adalah tidak lojik mempergunakan slogan PERJUANGAN RAKYAT, yang paling sesuai, adalah PERJUANGAN PERIBADI.

Rakyat Sabah kena sedar, Shafie menubuhkan parti Warisan Sabah sebagai batu loncatan mempergunakan rakyat, supaya beliau boleh menduduki jawatan Ketua Menteri Sabah.

Apabila beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, ada peluang membalak 1,8juta hektar hutan kekal Sabah, ada peluang sekali lagi menjual Yayasan Sabah, yang digagalkan oleh Tan Sri Musa Aman pada tahun 1994.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook