Latest News

Wednesday 7 February 2018

PRU-14: SENTUHAN PERIBADI PENENTU KEMENANGAN


SENTUHAN peribadi seseorang pemimpin sebenarnya faktor kuat yang menjadikan pemimpin itu wakil rakyat berpenggal-penggal.

Sentuhan peribadi lah yang menjadi pendorong kepada pucuk pimpinan parti setiap kali memilih calon bagi mewakili parti pada pilihan raya.

Apabila faktor sentuhan peribadi diberi markah 50%, maka sebab itulah wakil rakyat pada sesebuah kawasan masih dicalonkan.

Memang ada cadangan atau ura-ura khususnya daripada pemimpin pelapis, bahawa mencalonkan muka-muka baru akan “memberi kelebihan” kepada Bn, namun cadangan seumpama itu, masih dalam bentuk persepsi, kerana jika “mereka” yang terpilih itu “tidak” mempunyai faktor “sentuhan” peribadi, maka ada kemungkinan calon seumpama itu boleh tewas. Pengalaman pada PRU-13, ramai juga calon-calon baru dikemukakan, dan mereka itu membawa bersama mereka kedudukan dalam kerajaan, namun tewas. Demikian juga, calon-calon lama yang dicalonkan semula, kerana kedudukan dalam parti masing-masing dan pilihan parti mereka, namun faktor sentuhan peribadi pada calon-calon itu rendah/kurang, maka tewas.

Sentuhan peribadi sebenarnya menggambarkan bahawa sebelah kaki calon itu pada kedudukan menang. Apabila faktor itu ditambah dengan sokongan terhadap parti dan kerajaan, maka bukan sahaja menang, akan tetapi digambarkan menerusi majoriti yang cukup besar.

Apa yang berlaku pada calon-calon yang kurang sentuhan peribadi, calon-calon itu hanya menghandalkan sokongan terhadap parti dan kerajaan, sebab itulah didapati ada calon-calon menang, disebabkan pertembungan berbagai penjuru, atau kemenangan yang tiada undi popular, kerana kemenangan hanya bersandarkan kepada kekuatan parti dan kerajaan.

Apabila faktor sentuhan peribadi bergabung dengan kekuatan parti dan kerajaan, jikapun berlaku sabotaj dalaman seperti mana berlaku pada PRU-13 lalu di beberapa kawasan, antaranya DUN Bugaya, maka calon Bn tetap menang dengan majoriti yang cukup besar.

Faktor sentuhan peribadi, parti dan kerajaan apabila bergabung, bagai mana sengitpun pertembungan di sesebuah kawasan, maka kemenangan akan berpihak kepada calon yang mempunyai gabungan 3 faktor tersebut.

Pada PRU-14, jika Bn berjaya mengemukakan calon-calon yang mempunyai 3 faktor tersebut, maka kemenangan akan berpihak kepada calon-calon demikian. Fikir-Fikirkan Lah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook