Latest News

Tuesday 27 February 2018

PRU-14: SHAFIE PILIH POLITIK KEBENCIAN UNTUK RAKYAT SABAH


Mungkin Shafie mahu mencontohi bagai mana kerajaan Usno tumbang kerana politik kebencian, demikian juga Berjaya tumbang kerana politik kebencian. Akan tetapi, PBS tumbang bukan kerana politik kebencian, akan tetapi parti yang melawannya, menggunakan politik pembangunan & kemajuan.

Memang politik pembangunan &kemajuan yang digunapakai Bn pada PRN 1994, tidak menang, meskipun kemudiannya mengambil alih kerajaan. Impak kepada politik pembangunan & kemajuan berjaya meresap pada jiwa rakyat, sebab itu boleh bertahan sehingga kini.

Apa kah politik pembangunan & kemajuan yang telah bertapak di Sabah lebih 23 tahun, dengan mudah terhakis dengan politik kebencian? Masih kah rakyat Sabah menerima politik kebencian? Jawpannya masih, kerana mereka yang tertanam jiwa mereka melawan kerajaan, politik kebencian adalah salah satu ramuan dalam jiwa mereka.

Politik kebencian tidak akan ke mana-mana, kerana benci mengundang benci. Apabila benci bersarang di dada, maka kerajaan yang dibentuk menerusi kebencian, akan menjadikan kemajuan & pembangunan lumpang sana sini.

Shafie menjadi pembangkang, kerana membawa dendam. Dendam kerana dipecat daripada jawatan menteri. Kalau MP semporna itu tidak dipecat, pasti sekarang berdegar-dengar mempertahankan kerajaan Bn, seperti mana beliau lakukan selama 22 tahun. Tempoh masa 22 tahun bukan singkat. Pemimpin yang berjiwa bersyukur, apabila diberi kedudukan dan kuasa selama tempoh itu, pasti akan berterima kasih kepada parti, rakyat dan kerajaan yang memberi beliau peluang. Namun, jika seseorang itu bersifat tamak dan haloba, sampai dekat nazakpun, tidak akan pernah bersyukur.

Pemimpin seperti itu, hanya mempergunakan kuasa rakyat untuk kembali berkuasa, dan sudah tentu untuk kepentingan peribadi. Pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi, tidak akan merasa puas, keculai mati.

Nampak sungguh, Shafie tiada modal untuk mempengaruhi rakyat Sabah, sebab itu, beliau dan partinya memilih politik kebencian, termasuk membangkit isu-isu suku dan agama.

Shafie memilih politik kuno, politik tidak matang, politik menjahanamkan keharmonian antara kaum dan agama. Memberi peluang kepada pemimpin ini, sama dengan memberikan beliau pedang membunuh kerharmonian rakyat majemuk.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook