Latest News

Wednesday 28 February 2018

RM1.5BILION KKLW LESAP KERANA KESOMBONGAN & KEANGKUHAN SHAFIE


Datuk Shafie Apdal adalah pemimpin angguh & Sombong. Beliau tiada niat pun membangun dan memajukan Sabah dan rakyatnya.

Kesombongan Shafie terserlah apabila beliau menang Naib Presdien Umno, kemudiannya apabila dilantik ke jawatan Menteri KKLW.

Semasa menjadi menteri KKLW, MP Semporna itu pernah berkata, apabila diajukan soalan berkaitan jawatan Ketua Menteri Sabah, beliau pada masa itu dengan sinis berkata, Kementerian beliau sandang berkali ganda peruntukan berbanding Sabah secara keseluruhan.

Menerusi kenyataan itu, tersemat maksud tersirat, bahawa beliau mempelekeh jawatan Ketua Menteri, kerana Bajet yang dikawal Ketua Menteri hanya berlegar-legar pada angka RM4bilion, sedangkan kementerian KKLW mempunyai bajet berkali ganda.

Kerana tersemat di hati, bahawa kedudukan Naib Presiden dan Menteri KKLW lebih hebat berbanding jawatan Ketua Menteri, apa tah lagi jawatan menteri kerajaan negeri, maka beliau tidak pernah datang berbincang termasuk kunjungan untuk mencari tahu berkaitan pembangunan atau projek-projek untuk Sabah yang mendapat peruntukan Persekutuan menerusi KKLW.

Sejak tahun 2009, sebaik menjadi Menteri KKLW, kalau Shafie ke Sabah, hanya destinasi beliau adalah Semporna, tidak kawasan-kawasan lain.

Namun selepas beliau menjadi pembangkang, kerap pula masuk kampung keluar kampung. Namun beliau lupa, bahawa sejak tahun 2009-2015, di mana beliau mempunyai peruntukan besar untuk pembangunan & kemajuan luar bandar Sabah, dana untuk itu disia-siakan, ada projek terbengkalai, ada jalan raya monyet (kerana di bina pada kawasan yang tiada penduduk), ada loji air berkos puluhan juta tiada sumber air, ada tiang litrik tiada pendawaian, ada paip tiada air, ada panel tenaga solar berkos puluhan juta ringgit, tetapi tidak berfungsi, pada masa itu, tidak pun beliau masuk kampung keluar kampung, setidak-tidaknya melihat tiang-tiang litrik atau paip-paip tidak berair.

Cuba bayangkan dana KKLW sebesar RM7.5bilion semasa beliau menteri KKLW untuk Sabah, habis begitu sahaja tanpa bekas di lapangan. Akibat keangkuhan dan kesombongan beliau, tidak mahu bekerjasama dengan pemimpin negeri, maka kebocoran kewangan kerajaan berlaku, sebagai impaknya rakyat yang perlu dibela melopong dan gigit jari.

Atas sebab itu, rakyat Sabah jangan terpedaya untuk memberi peluang kali ke-2 kepada pemimpin seperti Shafie, kerana jika berlaku, maka akan menyemarakkan lagi keangkuhan & kesombongan beliau, dan pada masa itu maka rakyat dipatok ular daripada lubang yang sama, menyesalpun tidak berguna, kerana nasi sudah menjadi bubur, seperti mana berlaku kehilangan wang KKLW yang sedang disiasat SPRM yang dianggarkan lebih RM1.5bilion, wang itu, tidak akan kembali lagi.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook