Latest News

Monday 19 February 2018

RM7.5bilion Dana KKLW Untuk Rakyat Sabah- Tidak Dinikmati Rakyat Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Maju mundurnya sabah terletak pada tanggungjawap CM Musa Aman... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Datuk Shafie Apdal yang diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Persekutuan melaksanakan pembangunan dan kemajuan luar bandar Sabah daripada tahun 2009-2015 dengan dana RM7.5bilion tidak dinikamti rakyat Sabah, sebaliknya sebahagian daripada dana itu diselewengkan untuk memperkaya para kroni MP Sepmorna itu, termasuk saudara mara beliau.

Dana RM7.5bilion sejak tahun 2009 dengan purata RM1.5bilion setahun merupakan peruntukan besar yang sangat diperlukan membangun dan memajukan Sabah, namun dana itu tidak digunakan untuk membangunan kemudahan yang diperlukan rakyat, akan tetapi digunakan melaksanakan projek-projek gajah putih, tiang elektrik dipasang tetapi tiada pendawaian, jalan raya luar bandar dibina di Kawasan tiada penduduk, loji air dibina tiada sumber air, tenaga solar dibina, tidak berfungsi.

Jika dana itu diberikan terus kepada kerajaan Negeri yang diterajui Musa, masalah kemudahan asas negeri tidak lagi menjadi rungutan rakyat, kerana pengurusan kewangan negeri mendapat taraf 5 bintang daripada Ketua Audit Negara, ertinya, setiap sen peruntukkan kerajaan akan digunakan untuk manafaat rakyat.

Kerana Shafie tidak menjalankan amanah, sebab itu rakyat Sabah marah, kerana pemimpin yang diberi tanggungjawab memajukan luar bandar Sabah mensia-siakan amanah yang diberikan.

Kepada Mike Luis, kamu bodoh kah, tidak dapat mengira bahawa dana RM1.5bilion itu 38% daripada Bajet negeri secara keseluruhan, dan juga dana itu 300% lebih besar daripada dana pembangunan negeri. Hanya kamu tidak marah perbuatan Presiden kamu, rakyat yang dinafikan kemudahan, kalau terjumpa pemimpin kamu, penampar akan singgah di muka beliau.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook