Latest News

Monday, 5 February 2018

SEMPORNA AKAN BERUBAH WAJAH


RAHMAT kepada rakyat Semporna, apabila Datuk Shafie Apdal bukan lagi pemimpin Umno dan Bn di kawasan itu, pembangunan dan kemajuan kawasan itu semakin rancak.


Membangun dan memajukan kawasan itu dirancang kepimpinan negeri yang diterajui Tan Sri Musa Aman dan diterjemahkan oleh Datuk Ramlee Maharaban, semakin hari semakin menjadi kenyataan.

Jika pada awal tahun 2017, dilaksanakan pecah tanah pembinaan Pasar Sejahtera Pekan Semporna, dan kini projek itu sudah berjalan, semalam pula di Pekan itu telah dipasang internet berkelajuan tinggi (High Speed Broadband) UNIFI oleh Telekom Malaysia Berhad (TM). 

Kemudahan internet berkelajuan tinggi itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Pembantu Menteri Kewangan Negeri, merangkap ADUN Bugaya- Datuk Ramlee Marahaban.

Dengan adanya internet berkelajuan tinggi di kawasan itu, ianya boleh mendorong kemajuan kawasan itu, selain sebagai pemudah cara kemajuan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Kemudahan internet, sudah merupakan sebahagian keperluan rakyat masa kini, bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat, akan tetapi sebagai perantara untuk menjalankan perniagaan.

Kemudahan internet berkadar laju, memang diperlukan bagi kawasan seperti Semporna, kerana kawasan itu merupakan destinasi pelancongan baik pelancong dalam negara akan tetapi pelancong antarabangsa.

Ramlee melihat keperluan dan pentingnya kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, kerana kemudahan seumpama itu merupakan satu keperluan untuk menjadikan rakyat kawasan itu sebagai sebahagian daripada dunia digital.

Inisiatif beliau tahun lalu, agar kawasan Semporna mempunyai internet berkadar laju, tidak sampai setahun sudah menjadi kenyataan.

Dunia digital bukan sahaja merupakan sebahagian daripada gaya hidup, akan tetapi juga sudah menjadi sebahagian daripada keperluan harian masyarkat di seluruh pelosok dunia.

Kemudahan internet, boleh menjadi perantara bagi penguasa atau peniaga atas talian, khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan juga boleh menjadi perantara sebagai media mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka dengan kadar kos yang termurah.

Perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dilancarkan semalam, memang untuk sementara hanya meliputi kawasan Pekan dan sekitarnya, akan tetapi di masa yang terdekat akan diperluas di kawasan-kawasan lain termasuk kawasan-kawasan pulau.

Tergambar sungguh, bahawa kawasan Semporna akan semakin maju, selepas Shafie tidak lagi menjadi pemimpin kerajaan di kawasan itu, apabila pada acara perasmian UNIFI TM itu, Ramlee turut mengumumkan Peruntukan Sebanyak RM 2 Juta Bagi Menaik Taraf Padang Pekan Semporna.

Umum mengetahui, bahawa padang pekan semporna begitu nostalgia dan bersejarah kerana lahirnya atlet-atlet Semporna yang hebat dan terkenal adalah kerana padang pekan Semporna yang begitu sinonim dengan masyarakat setempat.Bukan sahaja sebagai tempat untuk bersukan dan melahirkan atlet terkenal, padang pekan semporna turut menjadi tempat majlis keraian dan majlis-majlis ilmu serta rasmi kerajaan seperti sambutan hari kebangsaan. sambutan maulidur rasul, sambutan regata lepa dan sebagainya.

Peruntukan sebanyak RM 2 Juta itu akan merangkumi 2 komponen utama, pertama padang bola sepak dengan dilengkapi kemudahan padang sintetik bertaraf olimipik, manakala yang kedua adalah padang bagi jenis yang tahan lasak ( heavy duty ) bagi menampung kenderaan berat atau majlis berbentuk pameran. Selain itu, komponen-komponen lain turut akan di naik taraf seperti tandas awam, kawasan tempat duduk, pagar dan pentas utama padang pekan semporna.

Lanskap Semporna pasti berubah 360 darjah melalui kerja-kerja penaiktarafan padang pekan semporna yang akan berubah wajah sedikit masa lagi, Inilah sumbangan Kerajaan Barisan Nasional ( BN ) terh

adap kesejahteraan rakyat semporna khususnya dan banyak lagi, yang sentiasa memahami aspirasi terutamanya anak muda dan masyarakat umum. Komitmen pemimpin kita dalam menyuarakan keperluan dan suara kita untuk diangkat bagi perhatian pucuk pimpinan sentiasa diberi laluan mudah untuk direalisasikan, inilah kerajaan bertunjangkan rakyat untuk rakyat yakni Kerajaan Barisan Nasioanl dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua Menteri Sabah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook