Latest News

Tuesday 27 February 2018

SHAFIE: BUKAN PEJUANG SABAH


TANDA-tanda seorang pejuang, apabila ada kedudukan dan kuasa, maka masa itulah dipergunakan kedudukan dan kuasa itu untuk membela rakyat.

Shafie selama 22 tahun sebagai wakil rakyat  Sabah, dalam tempoh masa itu, 11 tahun sebagai menteri penuh Persekutuan, tidak terkeluar sepatah perkataan pun berkaitan bahawa Sabah hanya untuk Sabah. Demikian juga kenyataan berkaitan royalti minyak, tiada sepatah pun beliau bercakap berkaitan 5% itu tidak adil.

Kerana kelantangan pemimpin lain yang bercakap berkaitan kemajuan dan pembangunan Sabah, maka beliau diberi amanah oleh Dato Seri Najib Razak menerajui Kementerian KKLW, kerana menerusi kementerian itu disalurkan berbilion ringgit peruntukan untuk memajukan luar bandar Sabah.

Sebagai pemimpin Umno yang berkedudukan nombor tiga, maka diharapkan beliau dapat mengatasi rungutan rakyat luar bandar Sabah, khususnya berkaitan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan-jalan kampung dan sebagainya.

Sebagai pemimpin Sabah, maka beliau seharusnya tahu keperluan rakyat luar bandar Sabah yang ketinggalan begitu jauh.

Sepatutnya pemimpin nombor tiga Umno itu menunjukkan teladan kepada pemimpinan parti bahawa sebagai pemimpin nombor tiga, maka beliau adalah pemimpin didepan yang menjuarai kemajuan dan pembangunan luar bandar kerana beliau memang diberi tanggungjawab bertindak demikian.

Malang sungguh, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Dana Persekutuan menerusi KKLW sebesar RM7.5bilion daripada tahun 2009-2015, habis dibelanjakan, namun tidak berbekas di lapangan. Rungutan rakyat tinggal rungutan, sehinggakan ada rakyat marah, dan bertindak berdemonstrasi aman, kerana tidak mendapat bekalan air berminggu-minggu.

Harapan rakyat Sabah termasuk Kerajaan Negeri kepada beliau, beliau sia-siakan. Bagaimana kah beliau boleh bercakap bahawa beliau akan membangun dan memajukan Sabah, sedangkan pada kedudukan ada kuasa, beliau tidak laksanakan!!!

Kini Presiden parti Warisan Sabah itu cuba mempengaruhi rakyat Sabah, jika beliau jadi Ketua Menteri, maka Sabah akan maju. Hujah beliau itu hanya omong kosong, kerana, telah terbukti, selama 22 tahun beliau tidak banyak menyumbang kepada kemajuan Sabah, walaupun Kerajaan Persekutuan telah memberi beliau peluang.

Satu ketika dahulu, MP Semporna itu pernah berkata, bahwa Bajet Kementerian beliau berkali lipat berbanding Bajet Negeri. Menerusi kenyataan itu, memang beliau mengakui, bahawa beliau boleh memajukan Sabah, namun itu semua cakap mulut, sehinggakan beliau dipecat daripada jawatan, peruntukan untuk memajukan Sabah habis dibelanjakan, akan tetapi tidak berbekas di lapangan.

Kini, SPRM sedang menyiasat, kemana wang peruntukan itu dibelanjakan, malah Shafie pernah ditahan reman untuk maksud melengkapkan siasatan.

Rakyat Sabah melopong, khususnya penduduk luar bandar.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook