Latest News

Friday 23 February 2018

SIAPA CAKAP SANDAKAN BANDAR HANTU?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Fuuuuuuuhhh...kalau macam BN memuji memang power... Oleh FB Mike Lius (screenshot)


Pengguna facebook itu, terserlah tidak tahu langsung berkaitan dengan Sandakan. Kerana tidak tahu berkaitan Sandakan, maka memberi dakwaan bodoh seumpama itu.

Dahulu, Sandakan memang bandar hebat semasa aktiviti pembalakan masih merupakan sebahagian perniagaan di kawasan itu. Selepas aktiviti pembalakan bukan lagi bergiat aktif, maka Sandakan menjadi bandar hantu. Keadaan itu, sebelum tahun 1994.

Namun selepas Musa menjadi wakil rakyat Sungai Sibuga, kemudiannya menjadi Ketua Menteri, Sandakan ditransformasikan semula kepada sistem perbandaran.

Kawasan-kawasan jumud seperti kg Sim-Sim ditransformasi kepada keadaan bandar. Lanskap bandar Sandakan diubah kepada rupa paras bandar.

Hotel-hotel bertaraf lima bintang dibina. Taman-taman perumahan disusun atur. Kawasan-kawasan tempat perniagaan yang dulunya jumud, diubah suai dan menyerluruh, makna kata, penyebaran perniagaan tidak tertumpu pada satu-satu kawasan seperti mana yang lalu, kerana keadaan lalu itu, menyebabkan kesesakan luar biasa di bandar Sandakan.

Selain itu, Sandakan dijadikan hub pendidikan, dan kawasan pelancongan. Keadaan bandar Sandakan, sebenarnya mendekati Bandar Kota Kinabalu. Hanya mereka yang tidak pernah melawat sandakan mengatakan bahawa bandar itu bandar hantu. Oleh kerana dakwaan hanya di media sosial, maka semua dakwaan itu tidak berpijak di bumi nyata.

Kalau anda berkunjung ke Sandakan datang lah ke sea front bandar itu, anda akan saksikan bagai mana Sandakan membangun.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook