Latest News

Monday 26 February 2018

SIAPA PEMIMPIN RASIS ?


Kerajaan Bn sejak Dato Seri Najib Razak dilantik ke jawatan Perdana Menteri memperkenalkan dua pendekatan, iaitu 1Malaysia dan terbaharu NegaraKu. Dua konsep ini, merupakan pendekatan jitu bagi mempertahankan keharmonian masyarkat majemuk negara ini. Malangnya, masih ada pemimpin politik yang menggunakan politik rasis untuk mendapat sokongan politik.

Sabah dengan pelbagai sukubangsa, pernah dianggap sebagai contoh konsep 1Malaysia, namun akibat pencerobohan pengganas sulu di Lahad Datu pada tahun 2013, maka ada pemimpin politik negeri mempergunakan sukubangsa sebagai kaedah berpolitik.

Politik suku, sebenarnya tidak patut mendapat tempat dalam politik Sabah. Jika pendekatan ini dibiarkan, dikhuathirkan satu hari nanti, negeri ini akan bergolak.

Hakikat perlu diterima, semasa persempadan pilihanraya Sabah masih kekal pada jumlah 48 kawasan Dun, setiap 9 tahun berlaku perubahan kerajaan negeri. Perubahan kerajaan bukannya mendatangkan kebaikan kepada negeri dan rakyatnya, akan tetapi negeri dan rakyatnya ketinggalan jauh daripada kemajuan, malah kadar kemiskinan melonjak naik.

Sebagai contoh, meskipun peruntukan besar diberikan Persekutuan sejak tahun 1994 apabila Bn mula memerintah negeri, namun pada tahun 2009, kadar kemiskinan negeri masih pada kadar 19.8 peratus. Hampir 9 tahun diperlukan selepasnya untuk menurunkan kadar itu pada 2.9 peratus pada tahun 2017.

Kestabilan politik negeri terwujud apabila persempadan pilihanraya menjadi 32-20-8 yang digunapakai pada PRU-2004, dan kestabilan itu kekal sehingga PRU-13. Malangnya, kestabilan politik itu cuba dirosakkan oleh mantan-mantan pemimpin Bn samada daripada Umno dan parti-parti komponen lain, apabila mereka menubuhkan parti masing-masing.

Pengetahuan dan pengalaman para pemimpin itu bersama Bn, maka mereka tahu, bahawa mereka tiada tempat dalam politik negeri, melainkan memainkan isu suku bangsa dan agama. Memainkan suku bangsa dan agama bertujuan membangkitkan kebencian dan emosi rakyat, dengan harapan rakyat yang terbangkit emosi itu menyokong mereka.

Para mantan pemimpin Bn yang menjadi pembangkang, tahu, mereka tidak boleh menggunakan politik pembangunan, kerana kerajaan yang dipimpin Bn adalah juara pendekatan itu. Berasaskan kepada faktor itu, maka mereka memilih politik kebencian dengan memainkan suku bangsa dan agama.

Mereka ini, mengabaikan politik sihat, sebab itu, konsep 1Malaysia dan NegaraKu, dinyahkan pada sebarang ucapan, hujah dan pendekatan. Mereka sedaya upaya lari daripada dua konsep itu, kerana mereka tahu, menerusi ketidak harmonian antara kaum dan agama, mereka mendapat tempat.


  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook