Latest News

Tuesday 20 February 2018

SIKAP SEBENAR DATUK SHAFIE APDAL DALAM POLITIK SABAH


Rakyat Sabah perlu meniliti bagai mana berdolak daliknya Shafie berkaitan pendirian beliau terhadap parti-parti luar Sabah, kerana sebelum ini kenyataan beliau berdegar-degar tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti seumpama itu. Namun, kenyataan beliau di Sandakan pada Ahad, bahawa parti Warisan Sabah akan bekerjasama untuk menghadapi PRU-14.

Melihat kerjasama itu, memang menjurus pada kawasan-kawasan majoriti kaum cina, kerana MP Semporna itu tahu, Naib Presiden parti beliau Junz Wong tidak mempunyai peluang untuk menang, jika berlaku pertembungan dengan calon DAP. Makna kata, kerjasama dengan DAP adalah untuk menyelamatkan Junz Wong.

Sementara Junz Wong sudah terselamat, bagai mana pula dengan Timbalan Presiden parti itu Darell Leiking? Apa kah juga untuk menyelematkan Darell, maka Shafie akan juga berkolaborasi dengan PKR?

Nampaknya Shafie bermain kucing-kucingan dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH), dan masa yang sama, beliau perlahan-lahan menelan kahak beliau, kerana menelahan kahak bukan sahaja kotor akan tetapi menjijikkan.

Shafie tahu betul, pertembungan tiga penjuru di kawasan-kawasan yang dimenangi pembangkang pada PRU-13, tidak lagi ada jaminan bagi mana-mana calon untuk mengulangi kemenangan, termasuk di kawasan majoriti kaum cina.

Sebenarnya, kemampuan parti-parti pembangkang mendapat undi, adalah terletak pada pengundi yang pernah mengundi mereka pada PRU-13, ertinya, masuk poket kiri, keluar poket kanan. Mengharapkan pengundi yang telah mengundi parti Barisan Nasional, jauh ikan daripada panggang.

Untuk menjadikan parti Warisan Sabah sebagai pesaing dalam pesta demokrasi, agar tidak tutup kedai seperti mana berlaku pada parti Bersekutu, selepas PRU, hilang tanpa nisan, maka Shafie tiada pilihan melainkan perlu bekerjasama dengan parti-parti dalam PH.

Parti Warisan Sabah, selain parti baru, maka mengharapkan jentera pilihan raya parti PKR, kerana di antara parti-parti pembangkang, hanya parti keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sahaja mempunyai jentera pilihan raya.

Bagi berdepan dengan PRU-14, Shafie tiada pilihan, beliau terpaksa menelan ludahnya sendiri.

Kepada rakyat Sabah, perlu menilai, bagai mana kah menyokong parti yang mudah menglakukan pusingan U, hanya untuk keselesaan dan kepentingan sendiri.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook