Latest News

Thursday 15 February 2018

SOKONG KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN BETERUSAN: ISMAIL SABRI


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu rakyat Sabah terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada di peringkat negeri dan persekutuan bagi membolehkan agenda pembangunan di negeri ini dapat diteruskan dengan lancar.

Menurut MP Bera itu, kerajaan sekarang yang diterajui Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu prihatin dengan keperluan pembangunan di Sabah sehingga menyalurkan peruntukan besar demi kesejahteraan penduduk di negeri ini sama ada di bandar atau di luar bandar.

Ismail Sabari berkata, di era Tun Dr Mahathir dahulu, bajet untuk Sabah tidak sebesar mana, kerana dalam jangka masa 15 tahun hanya menyalurkan RM3.3bilion, berbeza dengan era Najib, dalam jangka masa 5 tahun peruntukan untuk Sabah antara RM3-4bilion.

Bagi Bajet KKLW tahun 2018, hampir 24 peratus diberikan kepada Sabah. Sebagai contoh, bekalan elektrik luar bandar (BELB) sebanyak RM220juta (33.08%), bekalan air bersih luar bandar (BALB) RM160juta (38.08%), jalan luar bandar (JLB) RM253.5juta (32.14%) dan projek jalan kampung RM38juta (26.2%).

Mengenai pemantuan projek, Ismail Sabari berkata pihak kementeriannya dan kerajaan negeri Sabah telah mewujudkan dua jawatankuasa kerja bagi tujuan itu. Jawatankuasa tertinggi itu dipengerusikan secara bersama oleh beliau dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, manakala jawatankuasa kerja pula dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha KKLW dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menerusi jawatankuasa itu, maka tidak timbul lagi isu projek sudah terbengkalai baru dimaklumkan kepada kerajaan negeri ataupun kerajaan negeri membuat aduan bahawa negeri tidak tahupun mengenai wujudnya sesuatu projek KKLW yang dilaksanakan di Sabah, seperti mana berlaku semasa kementerian itu diterajui Datuk Shafie Apdal.

Rakyat Sabah maklum, dana KKLW berjumlah RM7.5bilion daripada tahun 2009-2015, sebanyak RM1.5bilion telah diselewengkan dan kini dalam siasatan SPRM.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook