Latest News

Monday 26 February 2018

TANYA SHAFIE MANA DUIT UNTUK KKLW DAN RISDA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) UMNO-BN rompak Autonomi sabah 95%... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Jelas duit untuk rakyat luar bandar Sabah, diselewengkan, inikan pula bercakap soal royalti minyak. Minyak bukan datang bergolek. Industri minyak adalah industri padat modal, ertinya bukan juta akan tetapi bilion diperlukan, untuk cari gali, penyelidikan, kos memproses dan kos operasi.

Setiap 100 pendapatan daripada minyak, 90 peratus meliputi kos pengeluaran termasuk kos operasi, manakala keuntungan hanya 10%. Menerusi keuntungan 10% itu, 5% kepada negeri pengeluar dan 5% kepada Persekutuan. Mengapa Persekutuan dibayar 5%, sebab untuk menampung pasukan keselamatan dan kos-kos lain yang berbangkit.

Tiada cara industri dalam industri minyak dapat lebih daripada 20%, kalau sedemikian, tiada syarikat yang mahu melabur. Kalau negeri mahu ambil alih, maka kerajaan negeri perlu menyediakan setidak-tidaknya RM10bilion, maka negeri akan dapat menoperasikan industri minyak sendiri, itupun keuntungan hanya 10%, manakala, 90% memang untuk kos operasi dan sebagainya. Keuntungan negeri bukan dalam bentuk wang tunai akan tetapi dalam kos operasi, di mana dalam operasi dapat membayar gaji kakitangan di mana di dalamnya adalah rakyat Sabah. Kalau hujah kononnya untuk dapat wang lebih untuk kos pembangunan, ianya akan tetap 5%, dengan syarat negeri mempunyai tenaga “know how” jika tidak, kesimpulannya, industi itu akan lingkup.

Sabah kini mempunyai syarikat indusrti minyaknya sendiri, iaitu Sabah Petrolium Bhd, itupun Sabah perlu bekerjasama dengan syarikat-syarikat luar, kerana memangpun industri itu memerlukan modal yang besar.

Pendapatan Sabah hanya dalam lingkaran RM5bilion setahun, jika dikira kos operasi dan pembangunan, surplus hanya dalam lingkaran RM50-RM100juta, Jika demikian, bagai mana Shafie cari modal RM10bilion setahun? Sedangkan beliau tiada pengalaman cari wang, pengalaman beliau hanya membelanjakan wang, itu pun beliau tidak dapat urus, sehinggakan berbilion tiris kepada para kroninya.

Kepada penyokong Warisan itu, tanya pada Presiden kamu, mana sudah dana KKLW dan wang RISDA?

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook