Latest News

Wednesday 21 February 2018

TIADA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENIPU NEGARA DAN RAKYATNYA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Shafie Apdal meminta rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan propaganda Barisan Nasional... Oleh FB Page Borneo Voice (screenshot)

TIADA sebab kerajaan menipu negara dan rakyatnya. Sebarang maklumat atau laporan yang dihibahkan kepada rakyat, adalah berasaskan kepada fakta, bukannya rekaan. Laporan berkaitan kewangan dibuat oleh Bank Negara, demikian juga laporan berkaitan ekonomi dibuat oleh agensi yang berkaitan termasuk badan-badan antarabangsa, seperti Bank Dunia, IMF, dan agensi penarafan antarabangsa seperti Standard & Poor. Dalam negara pula, laporan Jabatan Statistik dan agensi-agensi kerajaan yang memang bertanggungjawab mengenainya.

Pembangkang, khususnya Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Shafie Apdal, mudah sahaja mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa laporan-laporan agensi-agensi berkenaan hanyalah tipu daya. Penulis tidak terfikir, jika beliau berada pada kedudukan yang sama, misalnya Perdana Menteri, laporan atau maklumat apa yang beliau gunakan !!!!.

Sebenarnya, bukan kerajaan yang menipu rakyat, kerana tiada kerajaan yang menipu rakyatnya. Shafielah yang cuba menipu rakyat, cuba mengelirukan, semata-mata untuk keuntungan politik.

Rakyat kena sedar, jika pemimpin daripada awalnya mempunyai niat menipu, maka selamanya akan mempergunakan rakyat untuk menipu.

Sebagai contoh, semasa Presiden Warisan Sabah itu diberi tanggungjawab memajukan luar bandar Sabah menerusi Kementerian KKLW, daripada tahun 200-2015, dengan dana RM7.5bilion untuk membina bekalan air bersih luar bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), jalan raya luar bandar (JRLB) dan jalan-jalan kampung, ternyata banyak sungguh daripada dana itu diselewengkan, sehinggakan kemudahan asas yang sepatutnya dirasai rakyat, rakyat tidak nikmati, dan kini, pihak SPRM sedang menyiasat RM1.5bilion daripada dana itu kerena diselewengkan.

Cuba bayangkan, Shafie hanya diberi tanggungjawab untuk melaksanakan amanah yang diberikan, akan tetapi beliau gagal melaksanakannya, apa tah jika terpaksa mencari sumber kewangan sendiri seperti mana tugas seorang Ketua Menteri yang terpaksa sumber pendapatan sendiri untuk dibelanjakakan membangun dan memajukan negeri. Alamatnya, Sabah dan rakyatnya jatuh lingkup!!!!.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook