Latest News

Wednesday 7 February 2018

TUNTUTAN FILIPINA KE ATAS SABAH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DSSA menyeru jika BENAR tuntutan filipina... Oleh FB Mike LIus (screenshot)

DASAR negara-negara Asean tidak mencampuri urusan negara masing-masing. Sebab itu, Malaysia tidak dapat bertindak berkaitan tuntutan Filipina ke atas Sabah, sebab pemimpin negara itu yang membuat kenyataan berkaitan tuntutan ke atas Sabah hanya berlegar-legar di dalam negara itu. Kerjaan Filipina tidak membawanya ke mana-mana badan antarabangsa. Di sebabkan kenyataan itu hanya berlegar-legar dalam negara itu, maka Malaysia juga hanya membuat kenyataan berlegar-legar dalam negara.

Kata Filipina, Sabah perlu dimasukan sebagai wilayah ke-13 negara itu bagi tujuan membentuk Federasi, manakala Malaysia kata, tidak mengiktiraf sebarang tuntutan terhadap Sabah daripada mana-mana pihak.

Jika Malaysia membawa isu ini ke PBB, seperti mana kenyataan Datuk Shafie Apdal, bermakna, sah lah bahawa suatu masa lalu, Sabah di bawah wilayah Filipina. Mungkin kenytaan Shafie itu adalah niat sebaliknya.

Sebenarnya, kerajaan Malaysia tidak perlu pun memberi ulasan terhadap tuntutan Filipina itu, kerana jelas sejak tahun 1963, Sabah sudah merupakan sebahagian daripada Malaysia yang diiktiraf oleh PBB dan negara-negara di dunia, termasuklah Filipina.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook