Latest News

Wednesday 28 February 2018

Yang Cakap Sandakan Bandar Hantu Adalah Hantu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sandakan sdh kena level BANDAR HANTU... Oleh FB Mike Lius (screenshot)

Manusia yang termasuk hantu, maka boleh melevelkan sesuatu bandar sebagai bandar hantu. Mengapa? hanya hantu yang berkeliraan di tengah malam. jika ada manusia mengatakan, bahawa sesebuah bandar itu, pada tengah malam, terlalu sibuk, maka orang itu adalah dalam kategori hantu. Di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, mereka yang berkeliaran selepas tengah malam adalah penghujung kelab-kelab malam dan pub-pub, sebabnya di bandarpun, perniagaan tutup selepas pukul 11 malam, termasuklah KLCC, Pavilion, Mid Valley dan kompleks belah yang lain, demikian`juga pasar-pasar raya. Pada tengah malam, memang ada kedai-kedai makan atau restoran buka, kerana pekerja yang berkerja berasaskan kerja bergilir seperti kakitangan hotel atau pejaga, datang untuk makan.

Bandar Sandakan, seperti juga bandar Kota Kinabalu atau Tawau, setiap masa dalam 24jam, masih terdapat restoran-restoran yang buka. Makna kata, Sandakan masih dapat melayan mereka yang dalam kategori hantu, kerana pada masa-masa orang tengah nyenyak tidur, maka masih ada yang berkeliaraan. Namun mereka itu, bukanlah hantu seperti mana maksud tulisan ini, mereka itu adalah para individu yang terpaksa menjamu selera tengah malam, kerana `desakan kerja. Maksud hantu dalam tulisan ini, adalah mereka `mendakwa, bahawa selepas pukul 11 malam, masih ada kompleks beli belah, pasar raya, kedai-kedai jual perabot yang masih beroperasi, maka mereka yang berfikiran demikian adalah hantu sebenar, sebab tiada bandar di dunia ini, berbuat demikian, termasuk bandar London, New York atau Tokyo.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook