Latest News

Sunday 18 March 2018

ALLAHYARHAM DATUK TAWFIQ- BERJUANG SEHINGGA AKHIR HAYAT


Kerana rakyat, kerana amanah, kerana tanggugjawab, meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Allahyarham Datuk Tawfiq sempat bertemu rakyat yang beliau wakili pada 24 Februari sebagai salam terakhir beliau.

Dinihari 14 Mac 2018, ADUN Apas merangkap Menteri Belia & Sukan Sabah itu menemui Ilahi untuk selama-lamanya.

Pada usia relatif muda, di kala rakyat memerlukan kepimpinan beliau, Maha Pencipta menjemput beliau terlebih dahulu. Sayang Maha Pencipta terhadap beliau melebihi sayangnya rakyat, negeri, negara, kepada Allahyarham.

Pemergian Allahyarham, merupakan kehilangan besar kepada rakyat Sabah khasnya dan amnya negara.

Berpulangnya beliau ke rahmatullah, bukan sahaja dirasai oleh rakyat Sabah dan para pemimpinnya, akan tetapi pemimpin negara, termasuk Perdana Menteri.

Satu pesanan terakhir beliau yang perlu menjadi pedoman, bahawa Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja perlu disokong akan tetapi perlu dipertahankan.

Menurut pesanan terakhir Allahyarham, beliau dapat menjalankan tanggungjawab membela rakyat, dapat menunaikan janji, bukan kerana Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, akan tetapi kerana Kerajaan Barisan Nasional.

Kerajaan Barisan Nasional, bukan sahaja bertanggungjawab kepada rakyat, akan tetapi komited membela rakyat.

Pesanan terakhir Allahyarham semoga menjadi pembakar semengat kepada segenap ahli, penyokong dan pemimpin Barisan Nasional untuk berjuang membela rakyat dan negeri, memajukan rakyat dan negeri sehingga ke akhir hayat.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham, merupakan kehilangan mutiara terbilang!!!. Al-Fatihah.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook